Samsung Akan Keluarkan Cip ASIC Untuk Firma Perlombongan Bitcoin Kanada
Squire, sebuah syarikat perlombongan kripto yang berpangkalan di Kanada, telah menandatangani perjanjian dengan konglomerat terbesar Korea Selatan untuk mengeluarkan cip ASIC. Syarikat itu telah bekerjasama dengan Gaonchips dan Samsung Electronics untuk merekabentuk dan mengilang cip perlombongan ASIC baru, yang membolehkan syarikat itu bersaing dengan Bitmain, pengeluar ASIC yang paling dominan dalam sektor perlombongan kripto global.
Samsung dan Squire boleh mencabar dominasi Bitmain dalam sektor perlombongan kripto, terutamanya memandangkan kapasiti besar kilang Samsung yang dapat memenuhi keperluan Squire. Pasukan Squire menyatakan bahawa apabila teknologi pemprosesan wafer yang dibangunkan oleh Gaonchips diterima, Samsung Electronics akan segera memulakan proses pembuatan dan pengilangan cip ASIC.
Perjanjian yang baru ditubuhkan antara Samsung dan Squire menunjukkan niat konglomerat Korea Selatan untuk menggandakan strategi mereka untuk mensasarkan sektor perlombongan kripto dan mencabar kuasa dominan dalam industri ini.
Sumber: