Default – Above Header Ads

Samsung Bina Sistem Blockchain Untuk Lancarkan Urusan Perbankan

 

Samsung SDS, anak syarikat konglomerat Korea Selatan, telah membangunkan platform pensijilan berasaskan blokchain untuk bank Korea Selatan.

Dibangunkan dengan kerjasama Korea Federation of Banks, platform baru yang dipanggil BankSign dikatakan menjadikan interaksi antara sistem mudah alih dari bank yang berbeza berjalan lancar. Pengguna boleh menjalankan urus niaga pada aplikasi yang berbeza, tetapi sistem itu memerlukan pengesahan daripada hanya satu aplikasi, menggunakan kata laluan, cap jari atau corak untuk pengesahan. Wakil Samsung mengatakan keselamatan sistem tersebut dapat dipastikan dengan menghubungkan sistem bank ke dalam rangkaian perkongsian data, dan data persijilan dalam rangkaian ini boleh kekal sah sehingga tiga tahun.

Mengikut pernyataan, keselamatan ini disokong oleh sifat azali immutabiliti blockchain. Kenyataan itu menambah: “BankSign adalah aplikasi pertama teknologi blockchain yang paling dinanti-nantikan terhadap perkhidmatan perbankan … Syarikat itu akan terus memperluaskan perniagaan transformasi digitalnya, yang akan meningkatkan daya saing bank dan institusi kewangan.”

Sumber:

http://english.yonhapnews.co.kr/news/2018/08/27/0200000000AEN20180827009800320.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads