Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Samsung Melancarkan Beta SDK Blockchain Ethereum untuk Telefon Pintar Terbaru Galaxy

Dalam langkah terbaru Samsung ke dalam kripto, gergasi elektronik itu melancarkan versi beta SDK blockchain untuk blockchain Ethereum yang boleh diakses rakan pembangun. Kit itu menyediakan peralatan tambahan untuk dApp dan pembangunan mudah alih blockchain di telefon pintar terbaru Galaxy.

Samsung mengumumkan versi beta kit pembangunan software (SDK) boleh didapati oleh rakan kongsi yang meminta akses awal kepada peralatannya. Kit itu melambangkan langkah seterusnya dalam langkah Samsung untuk membolehkan fungsi Ethereum di Galaxy S10e, S10, S10+, S10 5G dan telefon pintar Galaxy Fold. Syarikat itu berkata di bulan Mei bahawa ia juga mengembangkan fungsi kripto ke telefon bajet dalam barisannya.

Dalam keterangan yang lebih lanjut, SDK itu akan membekalkan pembangun dengan cara-cara untuk menguruskan akaun pengguna, mengesahkan tandatangan digital untuk transaksi, dan manipulasi data transaksi. Kit itu juga membolehkan pembangun untuk berhubung dengan cold wallet, seperti peranti Trezor atau Ledger.

Mereka yang mendapat status rakan kongsi dengan Samsung akan mendapat fungsi tambahan dari kit itu. Rakan kongsi akan mendapat akses kepada “pelayar blockchain khusus” untuk laman web dApp, yang didakwa akan mempunyai fungsi untuk memudahkan pembayaran kripto – dan, alatan untuk menganggarkan yuran menggunakan kadar pertukaran kripto dengan mudah.

Tambahan lagi, rakan kongsi akan boleh mendapatkan sejarah transaksi dari “nod proksi blockchain” Samsung. Ianya tidak jelas sama ada Samsung akan menjalankan nod Ethereumnya sendiri atau menggunakan pembekal perkhidmatan.

Fungsi-fungsi ini akan membantu mengurangkan kos pembangunana dApp di telefon pintar yang disokong, menurut Samsung.

Langkah itu mengikut jejak langkah pembangunan berkaitan kripto lain dari Samsung. Pada bulan Februari, Samsung mengumumkan ia akan menyokong penyimpanan private key matawang kripto.

Sumber:

https://cryptoslate.com/samsung-ethereum-blockchain-sdk-beta-latest-galaxy-smartphones/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads