Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Samsung Pay Bekerjasama Dengan Ahli RippleNet Finablr Untuk Laksanakan Pemindahan Wang Merentasi Sempadan

Samsung Pay, perkhidmatan pembayaran mudah alih milik Samsung, telah bekerjasama dengan platform pembayaran Finablr, ahli RippleNet Ripple, untuk menawarkan aplikasi pembayaran rentas sempadan menggunakan ciri Money Transfer kepada pengguna aplikasinya. Finablr mengumumkan kerjasama itu pada 3 Oktober, mendakwa bahawa ciri baru itu “menawarkan pengguna dengan kebolehan pembayaran rentas sempadan secara lancar dan selamat ke 47 negara menerusi pelbagai kaedah pembayaran, semuanya melalui dompet mudah alih asli Samsung.”

Tambahan lagi, pelanggan Samsung Pay yang berpangkalan di Amerika Syarikat dilaporkan boleh menggunakan kad debit atau kredit mereka untuk menghantar wang melalui perkhidmatan tersebut. Menurut pengumuman ini, semua yuran dan kadar pertukaran wang sudah dimasukkan, yang membolehkan pengguna mengetahui terlebih dahulu apa yang akan mereka bayar. Keselamatan sistem ini juga menggunakan sistem identiti token yang disokong oleh Samsung Knox.

Sang Ahn, naib presiden dan ketua bahagian kandungan dan perkhidmatan di Samsung Electronics America, menambah: “Ciri Money Transfer adalah langkah pertama dalam visi kami untuk mengembangkan Samsung Pay ke platform yang menjadikan kehidupan kewangan pengguna lebih mudah. Pelbagai perkhidmatan di Samsung Pay, dibangunkan dengan kerjasama yang rapat dengan para pemimpin industri seperti Finablr, meletakkan kami untuk memberi kesan positif kepada pengalaman kewangan setiap hari pengguna. Finablr diasaskan pada April 2018 dan mempunyai anggaran $ 5 juta pendapatan setiap tahun.

Rujukan:

https://www.finablr.com/newsroom/press-release/samsung-cross-border-payments-partnership/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads