Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Samsung Pay Mempertimbangkan Integrasi Matawang Kripto untuk Pengguna

 

Gergasi teknologi Korea Selatan mengambil langkah untuk memasukkan matawang kripto ke ekosistem telefon pintar. Baru-baru ini syarikat itu melancarkan telefon pintar S10 yang mengandungi wallet blockchain. Tambahan lagi, platform pertahanan proprietari Samsung, Samsung Know, menyimpan private key untuk penyimpanan aset digital yang selamat.

Selain itu, Samsung juga dilaporkan telah bekerjasama dengan protokol terkenal Enjin untuk wallet blokchain itu. Dalam pembangunan lain, Samsung mungkin akan integrasi matawang kripto ke dalam platform mobile popularnya Samsung Pay. Setakat ini, aplikasi pembayaran Samsung Pay mempunyai lebih 10 juta pengguna seluruh dunia.

Pada 8 Mac, media tempatan Korea Selatan popular Donga melaporkan sebahagian daripada perancangan Samsung untuk mengembangkan penggunanya adalah dengan intergrasi matawang kripto ke dalam Samsung Pay.

Penganalisa menjangka penambahan perkhidmatan pembayaran kripto di Samsung Pay akan meletakkan platform itu di atas pesaingnya yang lain. Tambahan lagi, melihat kepada jumlah penggunanya yang banyak, ia juga akan membawa kepada penggunaan meluas matawang kripto.

Langkah ini sangat menarik bagi golongan millenials yang gemar dengan idea pelaburan kripto dan penggunaan kripto. Integrasi Bitcoin pada tahun 2017 telah membawa kejayaan kepada Square Cash. Kini, Square Cash telah merekod 516 peratus perkembangan menjadikan ia platform untuk pembayaran kripto paling popular.

Sumber:

https://www.coinspeaker.com/samsung-pay-cryptocurrency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads