Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Samsung SDS Bekerjasama Dengan Tech Mahindra Untuk Produk DLT Baru

Samsung SDS, anak syarikat IT kepada Samsung, telah mengumumkan inisiatif bersama untuk melancarkan produk baru pengesanan berasaskan blockchain. Untuk membangunkan projek baru ini, Samsung SDS bekerjasama dengan firma perisian Amerika Pega dan Tech Mahindra, anak syarikat konglomerat multinasional India, Mahindra Group.

Khususnya, inisiatif bersama ini akan menjadi kombinasi platform blockchain Samsung SDS, platform Nexledger Universal dan platform automasi proses digital Pega Platform. Dengan mengintegrasikan produk teras Pega dengan Nexledger, firma itu bertujuan untuk membangunkan sistem rantaian bekalan.

Penyelesaian itu akan mensasarkan beberapa industri berkaitan, termasuk perkhidmatan perbankan dan kewangan, insurans, pembuatan, perkhidmatan awam serta logistik rantaian bekalan, firma itu berkata dalam pengumuman itu.

Berita ini adalah kelangsungan dari pengumuman kerjasama strategik antara Samsung SDS dan Tech Mahindra untuk membangun dan mempromosikan Nexledger di pasaran India dan global, seperti yang dilaporkan pada April 2019. Produk ini menawarkan platform sumber terbuka blockchain, sama ada berjenis hibrid dan swasta yang mengintegrasikan satu set komponen termasuk alat pemantauan, hubungan luaran dan antara muka pengaturcaraan aplikasi.

Rujukan:

https://www.businesswire.com/news/home/20191016005499/en/Samsung-SDS-Collaborates-Tech-Mahindra-Pega-Launch

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads