Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Santandar, Mitsubushi dan Nomura Melabur $14 Juta dalam Platform Token Sekuriti, Securitize

Platform pengurusan token sekurIti Securitize hari ini mengumumkan ia telah mendapat $14 juta daripada pusingan strategik dari pelabur termasuk Banco Santander, Mitsubushi UFJ Financial Group dan Nomura Holdings, mengisyaratkan peningkatan minat bank dalam pasaran matawang kripto dan sekuriti digital.

Firma yang beroperasi di San Francisco itu menyediakan platform pematuhan yang membantu syarikat itu mengeluarkan dan menguruskan token sekuriti. Bulan yang lalu, firma itu mengumumkan bahawa ia telah menjadi agen pemindahan berdaftar dengan SEC AS. Pendaftaran ini membolehkan Securitize untuk merekod jadual kapital dan membantu aktiviti korporat seperti membayar dividen dan menjalankan pengundian pemegang saham.

“Melibatkan pelabur strategik utama seperti Santander InnoVentures, MUFG dan Nomura, dan juga mengetuai pelabur blockchain, mengiktiraf tahap transormatif sekuriti digital untuk pasaran kewangan tradisional,” menurut CEO dan pengasas bersama Securitize Carlos Domingo dalam kenyataan syarikat itu.

Memang betul, bank seperti Santander yang beroperasi dari Sepanyol dan Nomura di Jepun semakin menunjukkan minat dalam pasaran matawang kripto. Santander baru-baru ini menggunakan token berdasarkan Ethereum untuk mengeluarkan dan menyelesaikan bon bernilai $20 juta. Bank itu telah tokenisasi kedua-dua bon dan wang tunai dalam perdagangan ini. Sementara itu, Nomura telah bekerjasama dengan perkhidmatan jagaan matawang kripto Ledger dalam persediaan untuk melancarkan penyelesaian jagaaan tahap institusi.

Tezos Foundation dan Algo Capital VZ juga telah menyertai pusingan ini, dalam penantian pendigitalan sekuriti di atas blockchain Tezos dan Algorand. Tahun yang lalu, Securitize telah mendapatkan $12.75 juta dalam pusingan dana Series A dari Coinbase Ventures, Blockchain Capital dan Ripple Ventures. Firma itu juga telah menubuhkan kerjasama dengan Japan Security Token Association untuk mendidik pelabur Jepun dan menjuarai token digital.

Sumber:

https://www.theblockcrypto.com/linked/40901/santander-mitsubishi-nomura-invest-14m-in-security-token-platform-securitize?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=default

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.