Default – Above Header Ads

Satu Lagi Hak Cipta Difailkan untuk Whitepaper Bitcoin, Individu Misteri Mencabar Craig Wright

Wei Liu, seorang warganegara China yang menetap di California, memfailkan tuntutan hak cipta kepada Bitcoin Whitepaper dengan Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat. Individu mister itu kini adalah pesaing sah kepada Craig Wright, yang menuntuk hak cipta yang sama minggu sebelumnya.

Salah seorang individu paling berpengaruh dalam industri kripto, Craig Wright, melihat tuntutannya kepada takhta kripto dicabar pada hari ini apabila didedahkan bahawa seorang lagi individu lain memfailkan tuntutan hak cipta kepada Bitcoin whitepaper.

Menurut laman web rasmi Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat, Wei Liu, seorang warganegara China yang menetap di California, mendaftarkan tuntutan pada 24 Mei – hanya tiga hari selepas berita tentang pendaftaran Wright tersebar. Liu mendakwa dia menerbitkan Bitcoin whitepaper, berjudul: “Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System” pada 11 Januari, 2008.

Ia masih belum jelas siapa Wei Liu sebenarnya, dan tiada siapa yang mempunyai penjelasan yang sahih mengapa tuntutan dibuat semasa waktu penulisan. Namun begitu, tuntutan hak cipta Wright ke atas Bitcoin whitepaper menghadapi banyak cemuhan, jadi agak logik untuk menganggap matlamat Liu adalah untuk menentang tuntutan Wright.

Memandangkan Pejabat Hak Cipta tidak menyiasat kebenaran kenyataan yang dibuat dalam pendaftaran tuntutan, tuntutan itu sendiri tidak mempunyai signifikan dari segi undang-undang. Perkembangan terbaru itu membuktikannya, kerana link kepada tuntutan Wright pada 11 April kini berkata Liu memegang hak cipta kepada Bitcoin whitepaper.

Namun begitu, walaupun dengan kontroversi yang berlaku kerana Craig Wright, Bitcoin SV tetap melonjak naik lebih 60 peratus pada 30 Mei berikutan laporan palsu bahawa Craig Wright menghantar Bitcoin dari wallet Satoshi Nakamoto.

Ini menandakan kali kedua harga BSV naik dalam masa kurang dari 10 hari, menambah kepada kebencian komuniti kripto terhadap matawang kripto tersebut.

Sumber:

https://cryptoslate.com/another-copyright-filed-for-bitcoin-whitepaper-mysterious-figure-challenges-craig-wright/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.