Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

 Satu Lagi Tahun $1 Bilion untuk BitPay

 

Bitpay, pemproses pembayaran Bitcoin terbesar dunia, melaporkan lebih $1 bilion transaksi dan sektor B2B itu juga menunjukkan perkembangan dalam pembayaran Bitcoin – walaupun dalam keadaan pasaran menurun.

Mencapai rekod baru untuk pendapatan yuran transaksi, perintis pembayaran Blockchain BitPay telah memproses lebih $1 bilion transaksi untuk tahun keduanya secara berturut-turut. Dalam tujuh tahun sejak pertubuhannya, pemproses pembayaran Bitcoin itu telah berkembang dari pejabat dua orang di Atlanta, kepada perniagaan global dengan 80 staf di seluruh dunia.

Dalam tempoh hidup BitPay yang pendek, Bitcoin telah bertukar daripada pembayaran yang unik kepada penyelesaian perniagaan, dan jumlah transaksi terus meningkat.

Kekal stabil melalui harga naik dan turun Bitcoin, syarikat itu telah menunjukkan perkembangan yang konsisten. Dan sementara Banyak syarikat lain seperti ShapeShift yang mengurangkan pekerja kerana keadaan pasaran, BitPay pula telah mengambil pekerja baru untuk bahagian penjualan, kejuruteraan, sokongan dan pematuhan. Sudah tentu kejayaan syarikat itu adalah pada kewangannya. Di mana Eric Voorhees dari ShapeShift mengatakan bahawa “keputusan terbaik dan terburuk” syarikatnya adalah untuk “terlibat dalam pendedahan yang signifikan dalam aset kripto”, BitPay telah mengambil jalan lain, mengutip dana sebanyak $70 juta melalui venture capital.

Model perniagaan BitPay adalah dua cabang: menawarkan perniagaan lain kebolehan untuk menerima Bitcoin, dan mendapat fiat, dan juga menawarkan pengguna kebolehan untuk membeli barangan dengan Bitcoin yang dinilaikan berdasarkan fiat. 

Ini telah menjadi popular dalam pelbagai perniagaan – seperti firma undang-undang, pembekal pusat data dan syarikat keselamatan siber seperti HackerOne.

EXMO affiliate program

Walapun begitu, permintaan pembayaran B2B telah meningkat – naik 255% di tahun 2018 walaupun harga Bitcoin jatuh 80%. Ini telah diterangkan dalam terbitan blog pada tahun lepas oleh bekas eksekutif Paypal, Rolf Haag yang kini bertanggunjawab untuk B2B di BitPay: “Pebayaran B2B adalah segmen yang berkembang paling cepat. Disebabkan BitPay hanya mengenakan caj 1% dan menyelesaikan bayaran dalam masa 2 hari, kami sudah lebih baik dari pemindahan antarabangsa, yang mengenakan 3-4% dan selesai dalam masa 3-5 hari.”

Haag berkata ini menjadikan pembayaran Bitcoin BitPay lebih murah dan cepat dalam banyak lokasi di dunia untuk pengguna B2B termasuk peniaga teknologi, pengimport/pengeksport, pembangun hartanah, firma Perkhidmatan profesional dan Fortune 500. “Perniagaan-perniagaan ini telah melaksanakan pembayaran dengan lebih cepat dan murah dari pemindahan bank dengan menerima Bitcoin melalui BitPay pada hari ini,”katanya.

Dengan anggaran nilai sebanyak $150 trilion pada hari ini, industri pemindahan wang global B2B dijangka untuk meningkat ke $218 trilion menjelang 2022. Pasaran ini sangat kritikal dalam menghubungkan ekonomi dunia tetapi masih kekal lambat dan mahal. Melalui BitPay, Bitcoin mempunyai pintu ke dalam pasaran ini, memberikan alternatif kepada infrastruktur pembayaran sedia ada.

Walaupun begitu, pemprosesan peniaga masih kekal sebagai perniagaan utama BitPay, Seperti yang diberitahu oleh CEO Stephen Pair kepada Brave New Coin: “Walaupun segmen B2B berkembang dengan cepat sebagai sebahagian daripada perniagaan BitPay, pemprosesan peniaga masih lagi yang terbesar.”

Sumber:

https://bravenewcoin.com/insights/another-billion-dollar-year-for-bitpay-as-b2b-world-opens-up

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.