Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Saudi British Bank Sertai Ekosistem Konsortium Blockchain Global R3

 

Bank Saudi British Bank (SABB) telah menjadi bank Saudi pertama yang menyertai firma perisian perusahaan dan konsesi ekosistem blockchain global, R3. SABB mempunyai reputasi yang kukuh, yang dilaporkan telah dinamakan oleh majalah Global Finance sebagai “Bank Kewangan Perdagangan Terbaik” di Arab Saudi untuk 10 tahun berturut-turut, “Bank Rantaian Pembekalan Terbaik” di Timur Tengah untuk tahun 2018, serta “Bank Kewangan Perdagangan Terbaik 2018 Timur Tengah” untuk tahun ke-2 berturut-turut.

Bank itu menyertai usaha R3 untuk mendapatkan spektrum rakan kongsi dan anggota yang luas dari industri yang berbeza di sektor swasta dan awam untuk membantu mengembangkan platform blockchain sumber terbuka Corda, dengan menggunakan versi komersial yang dikenali sebagai “Corda Enterprise.” CEO R3, David E Rutter mengatakan bahawa input SABB kepada konsortium sangat beharga dalam usaha R3 untuk membangunkan penyelesaian blokchain untuk sektor kewangan.

David Dew, pengarah urusan SABB, menyatakan bahawa bank itu berharap untuk menawarkan pelanggannya “semua kelebihan seperti kelajuan transaksi dan keselamatan” yang diperolehi dari penyelesaian berasaskan teknologi lejar digital.

Sumber:

http://www.tradearabia.com/news/BANK_344988.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.