Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Sberbank Dan Interros Group Selesaikan Urus Niaga Repo Pertukaran Wang Asing Menggunakan Teknologi Blockchain

 

Sberbank dan Interros Group telah menjalankan urusniaga perjanjian pembelian semula (repo) pertukaran wang asing yang menggunakan kontrak pintar. Interros Group adalah firma ekuiti swasta yang berpusat di Moscow yang diasaskan oleh oligarki Rusia Vladimir Potanin pada tahun 1990.

Ketua jabatan pasaran dan naib presiden di Sberbank, Andrei Shemetov, memaklumkan bahawa urus niaga tersebut adalah nyata, mengikat secara sah, dan telah “diselesaikan dalam format elektronik menggunakan kontrak pintar dan tandatangan digital menerusi platform IT Sberbank.” Sementara Shemetov “tidak mendedahkan skop urus niaga, “dia” menunjukkan bahawa jumlahnya adalah sama dengan jumlah biasa untuk urusniaga repo.”

Shemetov selanjutnya menjelaskan bahawa “urus niaga itu adalah urusniaga repo mata wang yang dijamin oleh penerbit Eurobonds Rusia peringkat pertama.” Dia juga menyifatkan bagaimana blockchain akan meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sberbank: “Dalam jangka masa panjang, penyelesaian urus niaga melalui platform blockchain akan mengurangkan kos dan kesilapan transaksi melalui automasi, serta meningkatkan ketelusan dan kepercayaan di kalangan semua peserta dalam pasaran kewangan.

Sumber:

https://ru.reuters.com/article/businessNews/idRUKCN1NZ197-ORUBS

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads