Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Scammers Meningkatkan Harga BSV dengan Pengesahan Satoshi yang Palsu

Scammers telah meningkatkan harga Bitcoin SV pada 28 Mei dengan menerbitkan berita palsu yang kononnya menunjukkan pencipta BSV juga adalah pencipta Bitcoin.

Menyamar sebagai laman berita China yang dipanggil Coinbull, berita palsu itu mendakwa Craig Wright telah memindahkan Bitcoin dari wallet Satoshi untuk membuktikan identitinya.

Hasilnya? Kenaikan $60 kepada harga Bitcoin SV dalam masa kurang dari 10 jam.

Wright, yang mengetuai fork yang mencipta BSV pada November 2018, telah mengekalkan bertahun-tahun bahawa dia adalah Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin yang masih lagi tidak diketahui identiti mereka, tetapi dakwaannya masih lagi menghadapi keraguan.

Jika dia benar-benar Satoshi, menurut ramai pengkritik, Wright sepatutnya mengawal private key kepada wallet yang melombong Bitcoin pertama – dan hanya perlu memindahkan sedikit daripada jumlah itu untuk membuktikannya.

Oleh sebab itu, berita itu menyatakan:

“CSW memindahkan 50k BTC dari wallet BTC terbesar ke dalam Binance, yang mengesahkan dia adalah Satoshi sebenar. Oleh kerana itu, CZ akan menyenaraikan semual BSV dan memohon maaf secara rasmi di Twitter.”

Penipuan sebegini adalah biasa – dan juga menguntungkan.

Coinbull memberi respon di WeChat dengan pengumumannya sendiri, menyatakan:

“Baru-baru ini, kami telah menerima maklum balas dari pengguna bahawa sesetengah pihak telah secara jahat menghantar berita Coinbull yang di photoshopped untuk menyebarkan khabar angin tentang Binance dan CSW yang mempunyai kesan yang buruk. Kami mengingatkan pengguna kami sekali lagi untuk tidak percaya kepada apa sahaja khabar angin dan tidak menyebarkan khabar angin. Terima kasih atas sokongan anda.”

BSV mencecah $193.07 kerana khabar angin itu dan kini turun ke dalam lingkungan $180 pada waktu penulisan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/scammers-boost-bsv-price-with-fake-satoshi-confirmation

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.