Sebanyak $481 juta dalam Bitcoin dan Ethereum Terkunci dalam Instrumen Kewangan Alternatif
Usahawan kripto dengan pantas sedang menubuhkan ekosistem kewangan desentralisasi (DeFi) baru. Langkah berdasarkan kripto yang baru itu direka bentuk untuk menggantikan instrumen kewangan tradisional dengan alternatif desentralisasi yang tidak dikawal oleh syarikat mahupun kerajaan.
Menurut data dari DeFiPulse, kini terdapat dalam $481 juta matawang kripto yang dikunci dalam pelbagai platform dan protokol kewangan desentralisasi. Maker, sistem pinjaman P2P berdasarkan Ethereum, mempunyai kontrak bernilai lebih $280 juta, sewaktu penulisan.
Platform pinjaman desentralisasi berdasarkkan Ethereum yang lain, seperti InstaDApp dan Compound, satu protokol untuk meminjam dan meminjamkan matawang digital, mempunyai sebanyak $25 juta dan $98 juta Bitcoin dan Ethereum dalam kontrak mereka. Dalam kenyataan yang dikongsi bersama TechCrunch berkenaan perkembangan dan usaha pembangunan Compound, CEO firma Robert Leshner berkata:
“Jika/bila Compound diskalakan, ia akan membawa kepada beberapa penambah baikan menarik dalam struktur pasaran, khususnya harga yang lebih adil.”
DeFi telah dilaporkan menjadi salah satu sektor paling hangat dalam blockchain. Menurut kepada inkubator blockchain ConsenSys,
“Secara keseluruhannya, projek kewangan desentralisasi kini dalam ribuan, dan kita melihat peringkat awal satu industri yang baru.”
Ekosistem DeFi yang sentiasa berkembang itu termasuk platform, pembangunan infrastruktur utama, pasaran aset digital dan enjin pelaburan.
Sebanyak $11.8 juta dalam kontrak kripto telah dikeluarkan melalui protokol Dharma berdasarkan Ethereum, yang membolehkan pengguna meminjam dan meminjamkan matawang digital dengan “trustless collaterization” dalam lebih dari 50 token patuh ERC-20.
Max Bronstein, pengurus pembangunan perniagaan di Dharma, berkata:
“Kami membayangkan dunia di mana sesiapa sahaja boleh menambah kepada aset mereka atau mengeluarkan kredit dari mana sahaja di dunia. Tiada akaun bank atau pemeriksaan kredit yang diperlukan.”
Uniswap, protokol desentralisasi untuk “pertukaran token automatik,” mempunyai dalam $17 juta dikeluarkan melalui kontraknya. Pencipta Uniswap, Hayden Adams, telah mendapatkan pelaburan untuk protokol pinjaman P2P itu dari firma venture capital yang beroperasi dari San Francisco, Paradigm.
Selain daripada Lightning Network Bitcoin, protokol DeFi yang terkemuka dan penyelesaian pembayaran dua lapisan untuk menjalankan pembayaran mikro yang cepat dan efektif dari segi kos, Augur (REP), platform pasaran ramalan berdasarkan Ethereum yang desentralisasi, dan Bancor (BNT), protokol yang menukar dua token kripto tanpa memerlukan bursa pertukaran, juga di bawah ekosistem DeFi.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!