Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

SEC Memberi Penalti kepada ICORating kerana Praktis Promosi yang Disyaki

US Securities and Exchange Commission (SEC) mengumumkan pada 20 Ogos bahawa ia telah memberi penalti kepada ICORating kerana kegagalan untuk mendedahkan bahawa ia mempromosi projek matawang kripto untuk wang. Firma analitik yang beroperasi di Rusia itu telah bersetuju untuk membayar saman sebanyak $268,998, walaupun ia tidak mengakui (atau menafi) sebarang kesalahan.

ICORating menggambarkan dirinya sebagai platform bebas yang fokus kepada penarafan pelaburan dalam projek berdasarkan ICO. Ia adalah salah satu daripada banyak agensi penarafan yang beroperasi di Amerika Syarikat dan tempat lain, kebanyakannya secara kebetulan berasal dari Rusia.

Syarikat itu mendakwa untuk “berkhidmat sebagai sumber anallisa pasaran kripto yang tepat dan tidak bias.” Namun begitu, keputusan dari SEC untuk memberi gambaran yang berbeza tentang firma itu.

SEC menyatakan dalam sidang media pada 20 Ogos bahawa penyiasatan terhadap ICORating telah dijalankan oleh pejabat Washington DC agensi itu di bawah penyeliaan Melissa Robertson, Pembantu Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan.

Firma itu dijumpai telah melanggar “provisi anti-touting Seksyen 17 (b) Akta Sekuriti 1933” negara itu, yang bertujuan untuk melindungi pelabur dari ditipu atau dipengaruhi oleh kenyataan yang tidak tepat untuk pihak pengeluar sekuriti yang direkomen.

Menurut dakwaan itu, ICORating terlibat dalam praktis disyaki ini antara Disember 2017 dan Julai 2018. Dalam versi terkini laman web mereka, pelabur perlu skrol sehingga ke bawah halaman untuk menjumpai kenyataan disclaimer:

“ICORating menerima pembayaran wang dari entiti yang ditaraf untuk menyempurnakan laporan penarafan yang boleh didapati di icorating.com dan/atau untuk menyenaraikan projek mereka di icorating.com. Namun begitu, entiti yang ditaraf tidak mempunyai peluang untuk meluluskan laporan penarafan sebelum ia diterbitkan oleh ICORating, dan mereka juga tidak mempunyai peluang untuk mengubah atau mengeluarkan laporan penarafan selepas diterbitkan oleh ICORating.”

Semasa mengakses versi lama laman web yang bertarikh dari tahun 2016, kami tidak menjumpai apa-apa disclaimer yang dilaporkan sebelum Julai 2018.

Dalam kes lain yang sama, SEC juga telah memulakan tindakan terhadap projek berkaitan ICO Veritaseum dan PlexCorps.

Sumber:

https://beincrypto.com/sec-penalizes-icorating-for-engaging-in-shady-promotional-practices/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads