SEC Menerima 84% Maklum Balas Negatif terhadap Permohonan Bitcoin ETF
SEC menerima hanya 7 surat komen daripada awam sebagai balasan permintaan maklum balas pada bulan Februari 2019. Daripada jumlah itu, enam meminta agensi itu menolak permohonan Bitcoin ETF (merangkumi 84%). Keterujaan industri untuk Bitcoin ETF nampaknya semakin berkurang – jika dilihat daripada jumlah maklum balas yang diterima.
Dina Pinto menulis:
“Ia adalah pendapat saya bahawa sehingga kini Bitcoin tidak mempunyai asas untuk menyandarkan satu produk yang serius seperti ETF. Ia tidak stabil, dimanipulasi bilangan yang sangat kecil dan tidak mempunyai use case sebenar.”
“Saya melihat ramai orang yang boleh terjejas dari segi kewangan dan cara lain jika anda menerima permohonan ini. Jadi dalam pendapat saya, cadangan ini harus ditolak.”
D. Darnwell menulis:
“Saya ingin menyuarakan ketidak puasan hati saya terhadap Bitcoin ETP dan ingin meminta SEC untuk mengambil masa yang lebih lama untuk ‘pendekatan tunggu dan lihat’ untuk melihat sama ada Bitcoin berbaloi untuk menjadi produk kewangan dengan semua ciri-ciri positif dan keburukannya.”
“Tolak ETP ini tanpa ragu-ragu.”
Namun begitu, seorang penyokong Bitcoin ETF Sami Santos telah menulis:
“Berkenaan hujah mengenai SEC yang belum meluluskan ETF kerana manipulasi dan ingin menambah perlindungan pelabur adalah bertentangan, kerana tanpa dana pelaburan, pelabur lebih terdorong untuk membeli Bitcoin dalam bursa pertukaran yang tidak dikawal selia dan berpotensi kehilangan pelaburan mereka.
VanEck sudahpun menawarkan Insurans untuk melindungi kehilangan dan kerana itu, pelabur akan menunjukkan minat dalam melabur dalam dana ETF. Jadi saya tidak melihat apa-apa sebab untuk tidak meluluskan VanEck ETF dan Bitwise.”
Pada 14 Mac, pengerusi SEC Jay Clayton berkata dia tidak pro- atau anti-kripto, tetapi menekankan bahawa dia mempunyai kerisauan yang serius tentang manipulasi pasaran. Namun begitu, dia berkata bahawa “terdapat potensi di mana Bitcoin ETF boleh memenuhi peraturan kami.”
Sumber:
https://www.ccn.com/bitcoin-etf-sec-receives-84-negative-feedback-on-application
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!