Default – Above Header Ads

Sekuriti Berjaya Diselesaikan Dalam Percubaan Blockchain Bank of Canada

 

Eksperimen yang dijalankan oleh bank pusat Kanada bersama dengan sistem pembayaran negara, pengendali bursa saham, sebuah firma DLT dan firma perkhidmatan perundingan dan profesional global telah menunjukkan bahawa mungkin untuk menyelesaikan sekuriti secara cekap dengan menggunakan teknologi blockchain.

Dalam percubaan itu, Bank of Canada dengan kerjasama sistem pembayaran Payments Canada, pengendali bursa saham TMX Group, firma perundingan global Accenture dan firma blockchain R3 menunjukkan kebolehlaksanaan sekuriti berasaskan DLT dan penyelesaian DLT. Eksperimen yang dijalankan pada fasa ketiga Projek Jasper, melibatkan penerokaan bagaimana penyelesaian sekuriti dan pembayaran berinteraksi dengan blockchain. Ini memerlukan pembangunan dan pengujian sistem Bukti Konsep (POC) yang dikaitkan dengan infrastruktur pasaran yang sudah wujud.

Penyelesaian PoC Jasper Fasa III telah dibangunkan pada teknologi lejar digital Corda khususnya versi 2.0. Tunai dan sekuriti telah dibawa ke lejar dengan mengeluarkan resit depositori digital oleh Bank of Canada yang bertanggungjawab ke atas tunai manakala Depositori Kanada bertanggung jawab untuk penyelesaian sekuriti.

Sumber:

https://www.payments.ca/about-us/news/new-report-payments-canada-bank-canada-tmx-group-accenture-and-r3-proves-distributed

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.