Servis Pembayaran Square Mencari Jurutera Kripto, Menawarkan Gaji dalam Bitcoin
Platform pembayaran yang beroperasi di Amerikat Syarikat, Square kini mencari jurutera matawang kripto dan menawarkan gaji dalam bentuk matawang digital, menurut tweet yang diterbitkan oleh CEO Twitter dan Square Jack Dorsey pada 20 Mac.
Dalam tweet itu, Dorsey mengumumkan bahawa “Square kini mencari 3-4 jurutera kripto dan satu pereka untuk bekerja sepenuh masa untuk sumbangan terbuka kepada ekosistem Bitcoin/kripto. Kerja dari mana-mana sahaja, melapor kepada saya, dan kami juga boleh membayar anda dalam Bitcoin!”
Dorsey juga menyatakan bahawa keputusan untuk membayar pekerja dalam matawang digital adalah berdasarkan niat untuk “menjadikan ekosistem kripto yang meluas lebih baik,” jadi menyumbang kepada komuniti Bitcoin.
Dorsey juga mengatakan bahawa ini adalah insiatif terbuka pertama yang asing daripada objektif perniagaan mereka kerana jurutera yang diambil akan fokus sepenuhnya kepada “apa yang baik untuk komuniti kripto dan penguasaan ekonomi individu, bukan untuk kepentingan komersial Square.”
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Square memfailkan pendapatan Bitcoin tahunan sebanyak $166 juta pada tahun 2018. Syarikat itu telah mencapai penjualan Bitcoin lebih $52 juta pada Q4, mengatasi Q3 sebanyak $9 juta dan Q2 sebanyak $15 juta. Namun begitu, untung bersih daripada operasi Bitcoin, yang merangkumi aplikasi Cash, kekal rendah, kerana kos pembelian merangkumi sebahagian besar untung itu.
Bulan yang lalu, Dorsey – penyokong Bitcoin yang terkenal – sekali lagi mengisytiharkan bahawa dia percaya Bitcoin akan menjadi matawang native Internet:
“Bitcoin adalah sesuatu yang lahir di Internet, dibangunkan di Internet, diuji di Internet…Ia adalah dari Internet.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!