Default – Above Header Ads

ShapeShift Menghadapi Tekanan Kawal Selia dengan 64 Permintaan Penguatkuasa Undang-undang di Tahun 2018

Ia bukanlah tarikan yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang ingin masuk ke dalam matawang kripto, tetapi nampaknya perniagaan matawang kripto ShapeShift adalah satu dalam banyak yang ditekan oleh kawal selia yang berlebihan dalam industri itu.

Syarikat itu, mendakwa ianya adalah antara bursa pertukaran kripto tertua dalam industri itu, diwakilkan di Persidangan Consensus di New York minggu yang lalu dengan pengasasnya menjelaskan bagaimana signifikannya ia ditekan dengan begitu banyak permintaan dari US Department of Homeland Security dan SEC.

Operator Switzerland itu menerima lebih 60 permintaan dari penguatkuasa undang-undang pada tahun 2018 dan mendakwa bahawa syarikat itu “bergelut dengan yuran guaman yang berkaitan dengan menjalankan bursa pertukaran itu, menurut CEO dan pengasas ShapeShift Erik Voorhees, menambah:

“Kami telah membelanjakan berjuta dolar untuk yuran guaman dan usaha mengemudi perkara ini dan ianya berterusan. Tiada resolusi kepada kawasan kelabu undang-undang dan kami adalah syarikat antarabangsa. Setiap negara adalah berbeza, hampir semuanya mempunyai beberapa penguatkuasa, dan tiada satu yang betul-betul tahu bagaimana untuk menangani perkara ini dan ianya sentiasa berubah.”

Namun begitu, nampaknya ShapeShift selepas “tempoh keuntungan yang berlipat kali ganda” menurut Voorhees, telah menyelesaikan pembinaan semula selepas dakwaan Wall Street Journal tahun lalu bahawa syarikat itu menggubah matawang kripto bernilai $9 juta. Apabila ditanya sama ada perubahan ini adalah hasil daripada teknanan kawal selia Voorhees tidak bersedia untuk memberi komen, walaupun dia memberi petandan bahawa pembinaan semula itu bukan sukarela, yang membawa maksud yang sama.

Bulan September lalu, ShapeShift mengambil risiko mengecilkan pengkalan pengguna popularnya apabila ia mengumumkan panduan NYC baru selepas melancarkan program keahilan, mengakhiri perdagangan secara anonymous.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/shapeshift-feels-regulatory-pressure-with-64-law-enforcement-requests-in-2018/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads