Sierra Leone, PBB Bakal Bangunkan Sistem ID Digital Blockchain
Dana Pembangunan Modal PBB (UNDCF) dan Program Pembangunan PBB (UNDP) telah mengadakan kerjasama dengan Kiva, sebuah syarikat permulaan bukan berasaskan keuntungan. Kiva akan meminjamkan protokol institusinya dengan nama yang sama untuk melaksanakan “Credit Bureau Of The Future.” Ia akan membolehkan warganegara Sierra Leone memiliki sepenuhnya identiti mereka.
Kiva bekerja tanpa menggunakan blockchain selama lebih dari 13 tahun. Dan tanpa menggunakan teknologi blockchain, mereka berjaya menyediakan lebih daripada $ 1.2 bilion pinjaman untuk orang di lebih daripada 80 negara. Protokol Kiva mereka adalah langkah baru dalam arah membolehkan akses perbankan kepada pihak yang tidak mempunyai akses bank.
Oleh itu, sistem ID berasaskan blokchain dari Kiva dapat memperbaiki masalah akses kewangan dengan memberikan akses kewangan dan identiti digital kepada orang-orang yang tidak memiliki akses perbankan. “Dengan kerjasama ini di Sierra Leone, kami berharap dapat membina laluan kearah sistem identiti global dan sejarah kredit bersekutu,” kata CEO Kiva, Nevada Crawley. “Ini boleh membuka modal bagi penduduk yang paling memerlukannya, membolehkan para pemberi pinjaman secara besar-besaran meningkatkan perkhidmatan dan aliran dana ke individu tanpa akses bank.”
Sumber: