Default – Above Header Ads

Singapura Mempertimbangkan Menghapuskan Cukai VAT ke Atas Matawang Kripto

Inland Revenue Authority of Singapore (IRAS) baru-baru ini berkata ia akan mempertibangkan menghapuskan cukai VAT dari ‘token pembayaran digital’ apabila didagangkan. Jika diluluskan, cadangan itu akan dikuatkuasakan pada awal 2020.

Singapura mungkin bakal menjadi kod cukai paling mesra kripto dalam dunia terima kasih  kepada cadangan baru oleh Inland Revenue Authority of Singapore (IRAS). Menurut IRAS, perancangan adalah untuk menjadikan matawang kripto yang didagangkan untuk matawang fiat atau matawang kripto lain dikecualikan dari cukai VAT secara keseluruhannya.

Buat masa ini, perancangan itu hanya cadangan tetapi agensi kerajaan sudahpun melihat kepada beberapa syarikat yang bekerja dengan matawang kripto untuk mendapatkan pendapat mereka. Cadangan itu menyebut bahawa pengecualian akan diaplikasi kepada ‘token pembayaran digital’ seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan Monero. Syaratnya adalah token pembayaran digital itu tidak disandarkan pada mana-mana pengeluar atau matawang fiat.

Tambahan lagi, IRAS juga melihat untuk menghapuskan liabiliti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas matawang kripto. Ini selaras dengan negara lain yang juga mengimplementasi kod cukai yang sama. Walaupun begitu, IRAS membuat spesifikasi bahawa stablecoin tidak akan dikecualikan dari GST.

Dengan cadangan baru itu, Singapura akan mencuba meletakkan negara itu dalam posisi sebagai ketua hab dalam inovasi matawang kripto di Asia. Pelaburan telah bertambah dalam negara itu berikutan perdang perdagangan AS-China, dan lebih banyak dana dijangka akan masuk ke dalam ekonomi Singapura di masa hadapan.

Disebabkan kos buruh dan tanah yang tinggi di Singapura, hampir semua ekonomi negara itu akan beralih ke arah digital. “Ini adalah di mana kepercayaan, standard, jaminan kualiti [dan] perlindungan harta intelektual akan menjadi sangat penting,” menurut Menteri Perdagangan dan Industri Chan Chun Sing.

Singapura sudahpun dikenali sebagai hab utama untuk matawang kripto, tetapi pengecualian VAT baru-baru ini akan menjadikannya lebih menarik kepada pelabur. Ramai pedagang matawang kripto telah mengadu bagaimana perdagangan kripto-ke-kripto dicukai di kebanyakan negara, seperti di Amerika Syarikat. Oleh itu, Singapura boleh menetapkan precedent untuk negara lain untuk mengikutnya jika ia menarik pelaburan blockchain yang signifikan.

Sumber:

https://beincrypto.com/singapore-considers-removing-vat-tax-on-cryptocurrencies/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.