Skandal SEC Menyebabkan Aplikasi Permesejan Kik Ditutup dan Fokus Kini pada Kin
Kin Interactive, firma Kanada yang menguruskan aplikasi permesejan Kik dan matawang kripto Kin, telah mengumumkan penutupan aplikasi Kik, mengurangkan jumlah pekerja dari lebih 100 kepada hanya 19 pekerja dan mengambil Langkah untuk memastikan altcoin itu kekal wujud, menurut terbitan blog dari pengasas dan CEO Kik, Ted Livingston pada 24 September.
Selepas sembilan tahun kewujudannya, pencipta aplikasi permesejan Kik telah membuat keputusan untuk menutup aplikasi Kik dan fokus kepada Kin, projek matawang kripto mereka yang merupakan subjek dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung antara firma itu dan SEC AS.
Menurut terbitan blog oleh pengasas dan CEO Kik Ted Livingston, sejak firma itu memulakan perjalanannya untuk membina ekonomi berdasarkan Kin yang akan membawa kewangan yang inklusif kepada berbilion orang, projek itu telah mendapat penggunaan yang signifikan, “menjadi matawang kripto paling digunakan di dunia. Setakat ini.”
Semasa era kripto tahun 2017, Kik telah melancarkan ICO yang berjaya yang telah mengutip hampir $100 juta dari penjualan token Kin kepada lebih 10,000 pelabur seluruh dunia.
Maju ke hadapan ke Jun 2019 dan SEC telah membuat keputusan untuk menarik kumpulan Kik ke mahkamah, dengan dakwaan bahawa media sosial yang telah bertukar ke firma matawang kripto itu telah menjual sekurIti tidak berdaftar kepada orang awam, tanpa menyediakan maklumat penting yang mereka perlu untuk membuat keputusan pelaburan, dalam percubaan untuk menyelamatkan dirinya dari krisis kewangan yang bakal berlaku.
Selepas beberapa bulan perancangan dan membina kekuatan kewangan untuk mencabar mandat SEC, Kik akhirnya telah memfailkan countersuit terhadap penguatkuasa kewangan itu pada Ogos 2019, mendakwa agensi itu memutar belit fakta untuk menjadikan ICO Kik nampak seperti skim penipuan.
Dengan keazaman untuk menegakkan kebenaran dan status Kin sebagai matawang kripto dan bukannya token sekuriti seperti yang dilabel SEC, kumpulan Kik telah membuat keputusan untuk menutup aplikasi permesejan dan mengurangkan jumlah pekerjanya kepada kumpulan teras 19 orang.
Kik berkata kumpulan baru akan fokus secara eksklusif kepada “menukar pengguna Kin kepada pembeli Kin.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!