Default – Above Header Ads

Skim Insentif BitTorrent Untuk Menambah Nombor Pengguna

 

Platform pembangun aplikasi blockchain TRON telah mengumumkan bahawa protokol BitTorrent yang baru diperoleh akan dilancarkan tidak kurang daripada tiga program insentif tidak lama lagi.

Dalam terbitan blog yang disahkan oleh CEO TRON, Justin Sun, BitTorrent mengatakan ia akan mensasarkan pengguna BitTorrent dan µTorrent, rakan kongsi dan ekosistem berkaitan dengan penawaran untuk menambah bilangan pengguna.

Langkah itu datang hanya selepas sebulan BitTorrent melancarkan protokol dan token kripto BTT. “Dengan tiga program insentif baru kami, kami bermatlamat untuk membawa pengguna baru ke dalam komuniti blockchain ini dan menjadikan teknologi ini boleh diakses dengan mudah,” komen Sun dalam terbitan blog itu. “Apa yang kami bina akan memberi kebaikan kepada 1 bilion komputer, perniagaan dan pengguna aktif TRON dan BTT.”

Hanya sedikit maklumat tentang skim itu yang boleh didapati kini, dengan BitTorrent berjanji untuk mendedahkannya dalam masa terdekat.

Satu aspek melibatkan bursa pertukaran yang akan diberi pilihan untuk mendagangkan BTT untuk membolehkan pengguna mendapat peluang untuk menerima airdrop dari Rangkaian TRON dan BitTorrent.

Pada asasnya, syarikat itu menerangkan, menambah bilangan pengguna aktif adalah tujuan utama skim itu. Seperti yang dilaporkan Bitcoinist, usaha publisiti besar TRON bukan hanya tertumpu kepada penawarannya sendiri tetapi juga merendahkan prospek persaingannya – contohnya Ethereum.

Pada bulan Januari, data menunjukkan pendekatan itu mengambil kesempatan terhadap kekurangan kepercayaan kepada Ethereum, sesuatu yang Sun, ingin teruskan di mesia sosial. Pada masa sama, TRON telah berhadapan dengan kritikan kepada pemasaran dan penilaiannya. Dalam temubual pada bulan Disember, pengasas bersama Stellar, Jed McCaleb mengatakan bahawa platform itu adalah sampah.

Dan Sun telah melawan komen itu dengan mengatakan jumlah permintaan TRON lebih besar dari Stellar.

Sumber:

https://bitcoinist.com/trons-bittorrent-incentive-scheme-aims-to-boost-user-numbers/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads