Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Sofi Peroleh Bitlicense Untuk Tawarkan Perkhidmatan Dagangan Kripto Di New York

Syarikat kewangan yang berpangkalan di California, SoFi telah memperoleh BitLicense dari Jabatan Perkhidmatan Kewangan Negeri New York (NYDFS), menurut kenyataan pengawal selia itu dalam satu kenyataan pada 3 Disember. SoFi kini merupakan salah satu daripada 24 perusahaan yang berkaitan dengan kripto yang telah memperoleh BitLicense sejak 2015.

Khususnya, SoFi telah memperolehi dua lesen – satu lesen mata wang maya (BitLicense) dan satu lesen penghantar wang – yang akan membenarkan SoFi Digital Asser untuk menawarkan perkhidmatan perdagangan kripto kepada pelanggan New Yorknya. Menurut pengumuman itu, firma itu diberi kuasa untuk menyokong sejumlah enam aset digital termasuk Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Bitcoin Cash (BCH), Ethereum Classic (ETC), Litecoin (LTC) dan Stellar (XLM).

Superintendan NYDFS, Linda Lacewell, menyatakan komitmen pihak berkuasa untuk memupuk inovasi dalam ekosistem kripto New York, sambil menambah, “Kelulusan Jabatan untuk SoFi dapat menyediakan pengguna dengan lebih banyak pilihan dalam pasaran perkhidmatan kewangan global yang terus berkembang.”

Ketua Pegawai Eksekutif Sofi, Anthony Noto berkata bahawa keputusan untuk mengejar BitLicense adalah tindak balas kepada permintaan pelanggan: “Memberi kepentingan kepada ahli kami terlebih dahulu adalah keutamaan kami di SoFi […] Itu termasuk menawarkan individu produk yang mereka mahu, seperti matawang kripto dalam SoFi Invest, serta melindungi mereka, melalui rangka kerja pengawalan yang kukuh seperti yang dicipta oleh NYDFS.”

Rujukan:

https://www.dfs.ny.gov/reports_and_publications/press_releases/pr1912031

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads