Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

SoftBank Lancarkan Kad Debit Yang Disertakan Dengan Dompet Blockchain

Syarikat induk Jepun SoftBank telah memperkenalkan kad debit baru yang menampilkan dompet matawang kripto terbina di dalamnya. Menurut siaran akhbar pada 1 Disember, SoftBank membina kad debit yang mempunyai ciri dompet blockchain terbina dalam dengan kerjasama Dynamics, pemaju kad dompet Amerika Syarikat. Produk baru ini dipanggil SBC Wallet Card dan boleh digunakan sebagai kad debit tradisional atau dompet blockchain.

Pengguna boleh menggunakan dompet blockchain bersepadu sebagai penyimpan matawang digital dan maklumat berkaitan bakinya dalam masa nyata. Pada masa ini, kad ini hanya tersedia secara eksklusif di Jepun, bagaimanapun, SoftBank merancang untuk melancarkan produk ini di Asia Tenggara, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Dubai pada masa akan datang.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, SoftBank telah secara aktif mengambil bahagian dalam projek yang berkaitan dengan blockchain, termasuk beberapa pelaburan. Pada bulan November, SoftBank dan pemain industri lain mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan dari Opay, firma fintech yang beribupejabat di Lagos, yang berjaya memperolehi dana sebanyak $ 120 juta.

Rujukan:

https://www.prnewswire.com/news-releases/sbc-wallet-cards-now-issued-by-softbank-300967148.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.