Default – Above Header Ads

Sparkpool untuk Membekukan 2,100 Ether Misteri

 

Mining pool matawang kripto Sparkpool berkata ia akan membekukan buat sementara satu pembayaran berjumlah 2,100 Ether yang diterima pada 19 Februari dan akan menunggu penghantar untuk menghubungi mereka untuk penyelesaian.

Transaksi yang diterima sebagai ganjaran untuk melombong satu blok di blockchain ethereum, tetapi jumlah itu adalah lebih kurang 600 kali ganda ganjaran blok biasa rangkaian itu.

Syarikat itu memberitahu pelombong di bawahnya dalam kenyataan pada 20 Februari bahawa ia akan memegang jumlah ether itu – kini bernilai dalam $300,000 – buat masa sekarang, dalam kes yuran perlombongan yang amat tinggi telah diberi tanpa sengaja.

“Sparkpool baru-baru ini melombong blok dengan ganjaran 2100 ETH, suatu anomali yang mencetuskan mekanisme kecemasan dalaman,”menurut kenyataan syarikat itu. “Kami telah membekukan yuran ini buat sementara waktu dan kini menunggu penghantar menghubungi kami untuk menyelesaikannya. Jika penghantar tidak menghubungi kami dalam masa beberapa hari, Sparkpool akan mengagihkan yuran itu kepada pelombong yang sepatutnya mendapat ganjaran itu.”

Xin Xu, CEO Sparkpool, memberitahu Coindesk melalui WeChat bahawa mining pool itu memegang dana itu memandangkan jumlah yang besar itu, dan pengguna dan pelombong firma itu memahami keputusan itu.

Xu menambah:

Berita kurang baik, atau berita baik adalah blockchain setakat ini tidak dijalankan sepenuhnya oleh mesin; manusia masih lagi terlibat. Jadi kami mempunyai peluang untuk memperbetulkan masalah ini. Integriti adalah keutamaan mining pool kami.”

Sparkpool menerima 2,100 ETH sebagai ganjaran untuk melombong blok bernombor 7,238,290 dalam blockchain ethereum.

Sejak itu, pengguna telah mencadangkan aktiviti itu hanya satu fluke yang berlaku apabila satu atau beberapa pengguna secara tidak sengaja meletakkan yuran transaksi yang terlalu tinggi kepada pembayaran mereka. Sebahagian yang lain berkata ia adalah goodwill dari penyokong anonymous dalam komuniti ethereum, atau cubaan untuk menggubah wang haram melalui blockchain awam kedua terbesar di dunia.

Sumber:

https://www.coindesk.com/sparkpool-to-freeze-mysterious-2100-ether-mining-payout-for-now

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads