Default – Above Header Ads

Square Crypto Jack Dorsey adalah Benar, Mendedahkan Pelantikan Pertama

Square Crypto, yang sehingga kini hanya wujud di atas media sosial, adalah perkara sebenar. Kurang dari sebulan yang lalu Square Crypto mengumumkan mereka mendekati pelantikan pertama mereka. Kini syarikat itu mengumumkan di Twitter bahawa mereka telah mengambil bekas pengarah Google dan pelabur angel Silicon Valley Steve Lee sebagai lantikan pertama.

Sebelum pendedahan itu, Square Crypto telah mengusik pengikutnya dengan mendakwa mengambil seorang intern bernama Gary, yang kononnya “suka blockchain.” Situasi itu hanya berlaku sekejap sahaja, dan kumpulan itu terus menerangkan keadaan sebenar selepas itu. Lee, yang mempunyai akaun Twitter “moneyball” dan menggambarkan dirinya sebagai “PM bekerja untuk menambah baik Bitcoin” teruja seperti syarikat Dorsey, berkata dalam tweet:

Bitcoin, bukan blockchain. Sangat teruja dengan peluang ini!”

Pelantikan pertama Square Crypto menjadi topik hangat dalam dunia kripto. Dalam kalangan respons, CEO Bitwise Hunter Horsley telah mengucapkan tahniah kepada Square Crypto.

Avichal Garg, pengasas bersama firma pengurusan aset kripto Electric Capital dan juga bekas pekerja Google, juga menyokong keputusan itu, berkata:

“@moneyball sangat hebat. Tidak boleh berfikir siapa yang lebih baik untuk peranan ini. Tahniah @sqcrypto dan @moneyball!!!”

Square Crypto masih lagi menyembunyikan strateginya sejak muncul di media sosial pada bulan Mac. Sejak itu, mereka memberi hint bahawa mereka sedang bekerja ke atas sesuatu yang hebat untuk kripto. Walaupun mereka dipanggil Square Crypto, fokus mereka adalah pada Bitcoin, yang logik kerana Jack Dorsey dilaporkan menjangka ia menjadi “matawang native” World Wide Web.

Kumpulan Dorsey pandai mengambil perhatian komuniti Twitter, malah membawa CEO Tesla Elon Musk ke dalam perbualan dari semasa ke semasa.

Sumber:

https://www.ccn.com/jack-dorseys-square-crypto-new-hire/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.