Default – Above Header Ads

Square Membawa Masuk Lebih $166 juta Melalui Penjualan Bitcoin Tahun Lalu

 

Firma pembayaran mudah alih Square telah melaporkan pendapatan lebih $166 juta dari penjualan Bitcoin tahun yang lalu.

Syarikat itu memfailkan keputusan kewangan bagi Q4 2018 dengan Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat pada 27 Februari, mendedahkan ia memperoleh keuntungan bersih sebanyak $3.3 bilion tahun lalu, di mana 5% datang daripada perkhidmatan pembelian kripto dalam aplikasi Cash.

Walaupun penjualan Bitcoin membawa masuk sebanyak $166,517,000, kos pembelian matawang kripto tahun itu adalah dalam $165 juta. Ini bermakna keuntungan bersih dari penjualan Bitcoin bagi firma itu adalah $1.69 juta.

Melihat kepada angka suku tahun Square, perniagaan Bitcoin lebih baik dalam bahagian kedua tahun lalu. Firma itu memperoleh pendapatan sebanyak $95 juta dalam separuh tahun kedua, berbanding $71 juta pada separuh tahun pertama. Keuntungan untuk separuh tahun kedua adalah $1.047 juta dan $643,000 pada separuh tahun pertama.

Firma itu mendedahkan lagi bahawa nilai aset Bitcoin yang dipegang oleh firma itu adalah $200,000 pada 31 Disember 2018. Firma itu berkata ia menilai nilai yang dibawa pada setiap tarikh laporan dan rekod caj kesusutan jika nilai yang dibawa melebihi fair value. Walaupun begitu, kerugian Bitcoin pada tahun 2018 adalah tidak signifikan.

Square menambah pembelian dan penjualan opsyen Bitcoin kepada Cash App pada November 2017, pada mulanya hanya kepada bilangan kecil pengguna. Kemudia, pada bulan Ogos 2018, firma itu mengembangkan fasiliti itu kepada kesemua 50 negeri Amerika Syarikat. Firma itu menerima “BitLicense” daripada New York Department of Financial Services (NYDFS) pada Bulan Jun yang lalu, membolehkan ia menawarkan perhidmatan kripto ke negeri itu.

Default – Inside Post Ads

Sumber:

https://www.coindesk.com/square-sold-over-166-million-in-bitcoin-last-year

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads