Default – Above Header Ads

Stablecoin Dolar Australia Dilancarkan Menggunakan Blockchain Stellar

 

Sebuah stablecoin baru dilancarkan di blockchain Stellar yang direka untuk mengekalkan nilainya dengan dolar Australia (AUD), dibina untuk kegunaan pengguna dan perniagaan. Diumumkan pada persidangan Money 20/20 di Las Vegas, Novatti Group, pemproses pembayaran dalam talian Australia, akan mengeluarkan Novatti AUD Utility Token bermula pada 19 November. Token ini akan diikat dengan nilai AUD dan dipegang dalam amanah.

Walaupun secara tradisinya, stablecoin telah menjadi alat untuk peniaga-peniaga mata wang kripto untuk memindahkan wang dengan cepat antara pertukaran, Novatti membayangkan tokennya yang digunakan untuk kes penggunaan yang lebih umum, seperti kiriman wang atau pembelian. Novatti, pengedar pembayaran berlesen, memproses pembayaran bagi pelanggan seperti Vox Telecom di Eropah dan penyedia pengiriman wang Afrika Selatan MoniSend.

Token Novatti ini akan menjadi aset kripto AUD yang pertama di Stellar, tetapi bukan yang pertama di pasaran. Pada bulan September, bursa kripto Bit Trade Australia mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Emparta, platform pekerjaan untuk melancarkan stablecoin pada 2019 supaya majikan boleh membayar pengguna Emparta dengan menggunakan mata wang kripto.

Sumber:

https://www.coindesk.com/new-stablecoin-tied-to-australian-dollar-is-launching-on-stellars-blockchain/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.