Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Stablecoin Libra akan Diikat kepada Matawang Besar, Mungkin Tidak Termasuk Yuan

Gergasi media sosial Facebook, yang buat masa ini sedang mencuba untuk mendapatkan kelulusan dari penguatkuasa untuk projek stablecoin Libra, dilaporkan berkongsi maklumat berkenaan simpanan yang menjadi sandaran projek itu.

Menurut laporan dari Bloomberg pada 9 September, Facebook memberitahu senator tentang sandaran untuk stablecoin itu – sejenis matawang kripto yang dinilaikan pada matawang simpanan, komoditi atau algoritma.

Libra dilaporkan akan disandarkan kepada beberapa matawang negara. Ini termasuk US dollar, Euro, Yen, British pound dan Singapore dollar. Namun begitu, Yuan China mungkin akan terkecuali dari kumpulan aset simpanan itu, menurut Bloomberg.

Facebook dilaporkan menyatakan bahawa apa sahaja keputusan akhir berkenaan matawang sandaran adalah di bawah bidang kuasa Libra Association – satu konsortium pelbagai syarikat dan pihak yang berminat yang akan memantau pembangunan Libra. Facebook berkata:

“Kami faham Libra Association tidak akan menawarkan matawang digital Libra kepada mana-mana bidang kuasa sehingga ia telah menjawab semua persoalan pengawalseliaan dan menerima kelulusan yang diperlukan dalam bidang kuasa itu.”

Walaupun kenyataan di atas meninggalkan kemungkinan besar Facebook akan melancarkan Libra di negara lain, tidak kira persoalan pengawalseliaan Amerika, nampaknya ia tidak akan masuk ke China.

Baru-baru ini, laporan tentang China yang merancang untuk melancarkan matawang digital negar mereka sendiri sebelum Libra telah timbul. Sumber pegawai rasmi kerajaan mencadangkan bahawa institusi kewangan yang relevan dalam negara itu kini sedang membangun renminbi digital sebagai respon secara langsung kepada projek Libra Facebook, tetapi kerajaan itu menolak dakwaan yang ia akan bersedia menjelang November.

Bank pusat negara itu, People’s Bank of China, dilaporkan telah menyiapkan satu prototaip untuk melancarkan matawang digital negara itu, tetapi ia tidak akan berpusat dan kerana itu, tidak boleh dianggap matawang kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-libra-stablecoin-tied-to-major-currencies-maybe-not-yuan

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.