Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Stablecoin Memainkan Peranan Utama dalam Penggunaan Kripto

 

Stablecoin memainkan peranan utama dalam penggunaan meluas teknologi kripto, menurut laporan yang diterbitkan oleh startup stablecoin yang beroperasi di California, Reserve, pada 20 Februari.

Laporan itu, yang bertajuk “The State of Stablecoins 2019: Hype vs Reality in the Race for Stable, Global, Digital Money” adalah berdasarkan maklumat yang dikumpulkan daripada 40 firma kripto dan stablecoin. Ketua penulis laporan itu adalah George Samman, penasihat blockchain dan matawang kripto.

Menurut dokumen itu, Samman dilantik untuk “mengkaji landskap stablecoin dan melaporkan penemuannya untuk industri itu pelajari daripadanya.” Analisa itu disampaikan oleh beberapa pemain industri besar, termasuk Reserve, Arrington, XRP Capital dan Blocktower.

Kajian itu menganalisa ciri utama stablecoin yang penulis percaya boleh menyumbang kepada penggunaan meluas teknologi kripto:

“Pembangunan stablecoin, matawang kripto yang stabil harganya, matawang kripto yang bersandarkan aset dan sebagainya memainkan peranan kritikal dalam bagaimana ekonomi baru ini akan mencapai penggunaan meluas.”

Tambahan lagi, penulis percaya negara sedang membangun dengan hyperinflasi, seperti Venezuela dan Angola, akan menjadi negara pertama yang menggunakan stablecoin, dan lain akan mengikut mereka. Selain dari itu, stablecoin mempunyai potensi untuk menjadi pasaran bernilai dalam trilion dollar, menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa peranan utama syarikat besar seperti Facebook dalam membantu penggunaan stablecoin. Pada penghujung tahun yang lalu, laporan muncuk mengatakan Syarikat media sosial itu kini mempertimbangkan untuk melancarkan stablecoin untuk pengguna Whatsapp.

Untuk masa terdekat ini, penulis percaya USD akan menjadi “aset cair yang paling banyak ditokenisasi dalam ruangan kripto dalam 12 hingga 24 bulan akan datang.”

Namun begitu, dalam salah satu kesimpulannya, laporan itu berkata jika majoriti stablecoin disandarkan pada dollar, ia akan menambah jumah bekalan fiat itu dan menyumbang kepada inflasi dan ketidakstabilan. Menurut laporan itu, matawang kripto yang stabil harga akan disandarkan pada aset, dan bukannya matawang negara. 

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/stablecoins-to-play-key-role-in-crypto-adoption-says-new-report

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads