Default – Above Header Ads

Standard Chartered Dan Siemens Bekerjasama Untuk Memindahkan Proses Jaminan Bank Tradisional Kepada Teknologi Blockchain

 

Standard Chartered bekerjasama dengan Siemens untuk skim perintis yang meletakkan jaminan bank untuk membiayai perdagangan di blockhain. Usaha itu, yang juga termasuk bantuan dari TradeIX, firma teknologi lejar digital – bertujuan untuk memindahkan proses terbitan jaminan bank secara tradisional kepada proses digital sepenuhnya menggunakan kontrak pintar automatik.

Dibina dengan platform sumber terbuka Corda, dengan lapisan aplikasi yang disediakan oleh TradeIX, “proses ini akan mengubah cara jaminan bank dikeluarkan dan diproses,” kata Motasim Iqbal, ketua perbankan transaksi UAE di Standard Chartered.

Jika projek perintis ini berjaya, ia akan membolehkan firma seperti Siemens membawa kecekapan proses untuk pelanggan besar, mendigitalkan pengeluaran, pindaan dan tuntutan jaminan, menurut laporan itu. Michael Bueker, ketua pegawai kewangan Siemens, meramalkan bahawa menyepadukan penyelesaian pembiayaan perdagangan blokchain ke dalam operasi harian firma itu akan “menyelaraskan proses kami dan menjadikan operasi kewangan perdagangan kami lebih lancar, lebih cepat dan lebih cekap.” Dilancarkan pada bulan Mac, percubaan ini dijangka selesai pada hujung 2018.

Sumber:

https://ibsintelligence.com/ibs-journal/ibs-news/standard-chartered-and-siemens-team-up-to-put-guarantees-on-the-blockchain/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads