Default – Above Header Ads

Standard Chartered Menandatangani MoU dengan Platform Blockchain Kewangan China, Linklogis

 

Perkidmatan kewangan dan perbankan yang beroperasi di London, Standard Chartered telah menandatangani memorandum of understanding (MoU) dengan firma fintech China yang disokong Tencent, Linklogis. Perjanjian itu, dilaporkan oleh laman berita teknologi kewangan Finextra pada 12 Februari, akan membolehkan Standard Chartered menggunakan platform pembiayaan Rantaian bekalan yang berdasarkan blockchain Linklogis.

Linklogis, beroperasi di Shenzhen, China adalah pembekal penyelesaian pembiayaan rantaian bekalan B2B. Pada masa yang sama ia mendapat pelaburan daripada pelabur berprofil tinggi seperti Tencent dan Government Investment Corporation Singapura, fima itu juga bekerjasama dengan unit fintech Tencent untuk melancarkan platform blockchain “TrustSQL” pada April 2017.

Standard Chartered akan menggunakan Linklogis untuk menambah baik peluang pembiayaan bisnes dan menggabungkan rangkaian dan hubungan klien di China. Platform itu juga dilaporkan menambah baik ketelusan rantaian bekalan untuk pembeli besar, dan juga menawarkan perusahaan kecil akses yang lebih efisyen dan berpatutan kepada kredit.

Selain daripada platform blockchain, MoU itu juga dilaporkan mengandungi perkara lain untuk kooperasi antara Standard Chartered dan Linklogis. Antaranya adalah mempercepatkan kemasukan klien baru dengan mendigital proses pentadbiran dan menambah baik sistem pengurusan risiko melalui data Linklogis dan kebolehan analisa.

Untuk Linklogis, MoU itu akan memberi kelebihan kepada firma itu dengan memberi akses kepada rangkaian global Standard Chartered dan mencipta peluang baru untuk penyelesaian kepada firma yang terlibat dalam import masuk dan eksport keluar China.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/standard-chartered-signs-mou-with-chinese-blockchain-finance-platform-linklogis

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads