Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Standard Tokenization Protocol Mengutip $750K Dalam Penjualan Token Lapan-Saat

Penjualan token untuk Standard Tokenization Protocol (STP) telah mengutip $750,000 dan habis dijual dalam masa lapan saat, menurut dakwaan sidang media pada 11 Jun.

Projek itu mengatakan ia menawarkan standard terbuka dan desentralisasi untuk tokenisasi dan pelancaran apa sahaja aset.

Berikutan IEO itu, yang dijalankan di Bittrex, pengasas STP Mike Chen berkata:

“Kami teruja untuk mara ke hadapan dengan mengimplementasi mekanisma pendanaan yang berkuasa untuk syarikat lain yang boleh menjimatkan berbilion kos pendanaan pada waktu sama kekal mematuhi peraturan dalam mana-mana bidang kuasa.”

Selain daripada dikumpul sebagai yuran dan digunakan sebagai gas untuk membantu membayar pengesah pematuhan, STP berkata tokennya boleh di’stake’ dan “menjana model pentadbiran berinsentif yang memastikan pengesah kekal efisyen dan jujur.”

Jumlah keseluruhan STP token adalah 75 juta yang dijual semasa IEO. Seperti dilaporkan Cointelegraph bulan lalu, Standard Tokenization Protocol sebelum ini mengutip $7 juta melalui dua pusingan pendanaan yang diketuai dua venture capitalist terkenal.

Juga pada bulan Mei, syarikat Pesaing Tokenized melancarkan protocol yang membolehkan bisnes mencipta token untuk aset dunia sebenar termasuk saham, tiket masuk dan keahlian di atas blockchain Bitcoin SV.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/standard-tokenization-protocol-raises-750k-in-eight-second-token-sale

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.