Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Starbucks Bekerjasama dengan Microsoft untuk Platform Penjejakan Kopi berdasarkan Blockchain

Syarikat rantaian kopi Amerika Syarikat, Starbucks akan implementasi Azure Blockchain Service Microsoft untuk menjejak pengeluaran kopi, menurut laporan media teknologi GeekWire pada 6 Mei.

Starbucks pertama kali mengumumkan inisiatif “bean to cup” pada tahun 2018, menyatakan ia akan bekerja dengan peladang di Costa Rica, Colombia, dan Rwanda untuk menguji sistem penjejakan kopi berdasarkan blockchain. Sistem itu dilaporkan akan membolehkan pelanggan menjejak pengeluarkan kopi mereka dan membuka peluang kewangan untuk peladang biji kopi.

Starbucks juga menyatakan bahawa mereka akan menjadi program pilot itu terbuka untuk menunjukkan penemuan mereka.

Kedua-dua syarikat itu menyampaikan beberapa inisiatif bersama di Microsoft’s Build Conference, menurut GeekWire. Projek lain termasuk permintaan pandu lalu yang dijangka dan menghubungkan peralatan berkuasakan IoT di lokasi kafe berbeza.

Azure Blockchain Service Microsoft baru sahaja diumumkan pada 2 Mei, seperti yang dilaporkan Cointelegraph. Azure Blockchain Service adalah platform blockchain-as-a-service (BaaS) yang menyokong Quorum, platform berdasarkan Ethereum JP Morgan Chase. Baas Microsoft baru itu dilaporkan akan menyelaraskan penggunaan rangkaian blockchain konsortium, dari penciptaan kepada modifikasi.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan bahawa Starbucks akan menerima pembayaran berdasarkan Bitcoin berikutan urusan ekuiti dengan platform perdagangan matawang kripto AS, Bakkt. Kafe itu tidak akan memproses apa-apa Bitcoin, tetapi akan terus menukarkannya kepada matawang fiat.

Sumber:

Default – Inside Post Ads

https://cointelegraph.com/news/starbucks-working-with-microsoft-for-blockchain-based-coffee-tracking-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.