Startup Amerika Selatan Ripio Melancarkan Bursa Pertukaran Kripto-Fiat dan Kaunter OTC
Startup matawang kripto yang beroperasi di Amerika Latin Ripio telah melancarkan platform perdagangan, termasuk kaunter OTC, menurut sidang media yang dikongsi bersama Cointelegraph pada 16 Mei.
Platform Ripio yang baru dilancarkan itu akan membolehkan penggunanya di Brazil, Argentina dan Mexico untuk mendagangkan matawang kripto kepada fiat, menggunakan perkhidmatan perbankan digital, dan memohon pinjaman berdasarkan blockchain. Produk itu juga termasuk kaunter OTC untuk pelabur institusi.
Membri komen tentang pelancaran produk itu, Pengasas dan CEO Ripio, Sebastian Serrano berkata bahawa “matawang kripto, dan platform baru kami ini khususnya, menawarkan peluang pelaburan baru untuk semua segmen dalam populasi. Ini adalah penting dalam Amerika Latin, di mana penyimpanan perlu dilindungi daripada penurunan nilai matawang tempatan yang sentiasa berlaku.”
Ditubuhkan pada tahun 2013, Ripio mendakwa ia adalah syarikat aset digital terbesar di Argentina, dengan perkembangan terbarunya ke dalam negara Amerika Selatan yang lain seperti Peru, Chile, Uruguay, Paraguay dan Colombia.
Di penghujung 2017, Ripio mengumpul lebih $37 juta melalui ICO untuk melancarkan Ripio Credit Network, rangkaian kredit P2P berdasarkan smart contract Ethereum.
Seperti yang dilaporkan di penghujung Mac, Timbalan Menteri Kewangan Argentina, Felix Martin Soto, mendakwa bahawa kerajaan patut mempertimbangkan kripto dan teknologi blockchain sebagai cara untuk mempromosi inklusi kewangan dan mengurangkan kos negeri.
Soto berkata dia percaya bahawa mempromosi industri kripto akan membantu permintaannya untuk USD, yang akan menyimbang kepada kestabilan pasaran tempatan dan menarik pelaburan global.
Pada bulan Mac, Presiden Argentina, Mauricio Macri berjumpa dengan pelabur kripto dan usahawan Tim Draper. Draper memberitahu presiden bahawa membenarkan Bitcoin secara sah akan menambahbaik keadaan ekonomi negara itu. Menurut Draper, penggunaan kripto dan blockchain di negara itu akan mengubah masalah besar dalam ekonomi Argentina, termasuk penurunan nilai Argentine peso dan “brain drain” yang berkaitan.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!