Default – Above Header Ads

Startup Blockchain Bank Pusat Veteran Mengutip $2 Juta

 

Studio pembangunan Ethereum, ConsenSys telah terlibat dalam kutipan dana USD$2 juta untuk startup blockchain yang beroperasi di Iceland, Monerium, firma itu mengumumkan pada hari Jumaat.

Kutipan itu diketuai oleh firma venture capital Crowberry Capital dan termasuk penyertaan dari firma pelaburan persendirian Hof Holdings, kedua-duanya beroperasi di Iceland.

Ditubuhkan pada tahun 2016, Monerium adalah startup fintech yang diketuai oleh Jon Helgi Egilsson, bekas pengerusi Bank Pusat Iceland. Firma itu sedang membangunkan penyelesaian untuk membuat transaksi matawang fiat melalui blockchain, yang dinamakan “e-money”. Kutipan dana itu akan digunakan untuk mempercepatkan pembangunan perkhidmatannya.

Monerium bermatlamat untuk mengeluarkan “e-money yang disandarkan pada aset, boleh ditebus dan dikawal selia” melalui blockchain, mengatakan bahawa produknya akan menjadikan blockchain “lebih relevan dan berguna” kepada institusi kewangan dan syarikat. 

Walaupun ia masih lagi belum mendapat lesen di EU, aplikasinya dalam proses, menurut pengumuman yang dikeluarkan CEO Monerium Sveinn Valfells:

“Menjadi institusi kewangan yang berlesen adalah langkah seterusnya untuk Monerium supaya ia dapat mengambil alih tanggungjawab dan kawalan ke atas semua fungsi yang diperlukan untuk mengeluarkan e-money dalam blockchain: pengurusan aset, pematuhan undang-undang, pengurusan risiko dan pembangunan produk.”

EXMO affiliate program

Pengasa bersama ConsenSys Capital, Andrew Keys menambah tentang firmanya yang “berdedikasi dalam menyokong syarikat untuk membina infrastruktur yang diperlukan untuk masa depan yang lebih desentralisasi.”

Pada November tahun lalu, ConsenSys mengetuai kutipan dana sebanyak $2.1 juta untuk AZTEC, startup yang berkerja untuk menjadikan transaksi ethereum lebih privasi dan menggalakkan institusi kewangan untuk menggunakan Blockchain kedua terbesar itu.

Sebulan sebelumnya, ia telah melabur sebanyak $6.5 juta dalam DrumG Technologies, startup blockchain yang ditubuhkan oleh bekas ketua pembangunan bisnes R3, Tim Grant, sebagai satu-satunya pelabur startup itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/central-bank-veterans-blockchain-e-money-startup-raises-2-million

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.