Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Startup Blockchain-untuk-Bank Berpindah dari Hyperledger ke Corda R3

 

MonetaGo, syarikat pembangunan software yang membina blockchain private untuk institusi kewangan dan bank pusat, telah membuat keputusan untuk memindahkan seni bina dari Hyperledger Fabric dan platform Corda R3.

Firma yang beroperasi di New York, yang menguji platform anti-penipuan berdasarkan blockchain untuk kewangan di India, menyatakan kembimbangan dengan bagaimana Hyperledger Fabric akan berkembang apabila semakin banyak peserta memasuki sistem itu.

CEO MonetaGo Jesse Chanard memberitahu CoinDesk:

“Apabila kami melihat element skalabiliti berbeza dalam Hyperledger, kami melihat ia akan menjadi satu cabaran, pada throughput sedia ada Fabric. Jadi kami mula membuat ujian dengan Corda dan menemui ianya, dalam kes ini, lebih sesuai.”

Khususnya, Hyperledger menggunakan pelbagai siaran, atau “subnet” untuk memastikan privasi data yang dikongsi antara peserta dalam blockchain. Ciri seni bina inilah – yang berkembang dengan setiap versi Fabric – yang dirujuk oleh Chenard.

Corda pula, hanya berkongsi data antara rakan niaga dalam satu perjanjian (dan juga penguatkuasa) berbanding menyiarkannnya seperti dalam blockchain awam, membuang keperluan untuk pembahagian.

Bekas bursa pertukaran Bitcoin yang bertukar kepada enterprise software, MonetaGo telahpun bekerja dengan Corda untuk menjadikan pengeluaran kertas komersial otomatik, satu lagi sebab untuk pemindahan itu, Chenard berkata. Versi MonetaGo seterusnya adalah rangkaian anti-penipuan penghutang, yang dibina atas Corda, akan dilancarkan awal tahun ini di Mexico.

Sumber:

https://www.coindesk.com/blockchain-for-banks-startup-switches-from-hyperledger-to-r3s-corda

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads