Startup British akan Menawarkan Pelaburan Hartanah dalam Bentuk Token
Smartlands, startup yang beroperasi di UK, akan melancarkan projek tokenisasi hartanah yang akan membolehkan pelabur biasa dan institusi untuk membeli sebahagian daripada hartanah dan mendapat keuntungan dari kenaikan nilai hartanah pada masa sama menambah baik kecairan dalam pasaran itu.
Syarikat itu bergantung kepada satu kumpulan dari pelbagai bidang termasuk perbankan, pematuhan, fintech, venture capital dan teknologi blockchain. Dengan ibu pejabat di London, Kiev dan Vilnius, Smartlands bermatlamat untuk membina crowdfunding platform 2.0 yang membolehkan pengguna untuk membeli bahagian daripada hartanah dengan tokenisasi.
Matlamat utama, menurut CEO Arnolds Nauseda, adalah untuk menambah kecairan pasaran hartanah menggunakan teknologi blockchain yang membolehkan pembahagian hartanah.
Hartanah adalah satu pasaran yang tidak cair dari segi tradisional. Namun begitu, tokenisasi akan membantu dalam kecairan melalui pertukaran token yang melambangkan sebahagian daripada hartanah itu.
Projek pertama Smartlands meliputi tokenisasi satu bangunan penetapan pelajar bernilai £12 juta (~$15 juta) di Nottingham. Pelaburan seperti ini selalunya adalah keistimewaan bagi dana institusi atau pencen, tetapi tokenisasi membuka pasaran kepada demografi baru.
Pelabur biasa boleh membeli token dari sekecil £500 (~$600). Token itu sendiri melambangkan bahagian dalam hartanah dan akan mendapat keuntungan daripada kenaikan kapital seperti sewa.
Satu lagi kebaikan yang dilihat adalah dalam kes keluar daripada pelaburan berdasarkan hartanah. Kebiasaannya prosedur itu sangat birokratik dan mengambil masa yang lama. Tetapi dengan tokenisasi, token boleh didagangkan di pasaran peer-to-peer, membolehkan pelabur keluar dalam masa yang singkat, menjadikan keseluruhan pasaran lebih cair dan efisyen.
Selain itu, pasaran hartanah yang ditokenisasi boleh berkembang secara global. Dalam pasaran masa kini, peluang untuk pelabur biasa akses projek dalam bidang kuasa lain sangat sukar kerana halangan birokrasi dan maklumat yang tidak simetri.
Smartlands menjalankan ICO pada Januari 2018 di Stellar Blockchain Network. Jadi, tokenisasi hartanah juga akan dijalankan melalui Stellar Blockchain, yang telah membuktikan Ianya efektif dari segi kos dengan 5,000 transaksi di rangkaian dengan kos di bawah 1 sen.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!