Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Startup Israel yang Membolehkan Transaksi Kripto Offline Mendapat $4 Juta

Startup keselamatan siber Israel, GK8, dilaporkan telah membangunkan sistem offline pertama dunia untuk membuat transaksi matawang kripto.

Sistem baru itu menggunakan teknik proprietari GK8 yang membolehkan transaksi blockchain serta-merta untuk aset digital tanpa perlu sambungan Internet, menurut laporan media perniagaan tempatan Globes pada 18 September.

Syarikat itu berjaya mendapatkan $4 juta dalam pusingan dana yang diketuai oleh Discount Capital, venture arm untuk salah satu daripada tiga bank terbesar Israel, Discount Bank, dan Marius Nacht, pengasas bersama gergasi keselamatan siber Checkpoint. Pelabur lain dilaporkan termasuk EdenBlock, iAngels, IDEAL-HLS, StratX dan Israel Innovation Authority.

Seperti yang dilaporkan oleh Globes, teknik kriptografik GK8 yang baru membolehkan syarikat itu membangun cold wallet dengan “fungsi hot wallet,” melindungi dana pengguna dari penggodam dan serangan siber.

Dalam temubual baru-baru ini dengan Fortune, CEO GK8 Lior Lamesh menggambarkan teknologi GK8 sebagai “agnostik kepada lejar”, menyatakan ia boleh digunakan untuk Bitcoin dan matawang kripto lain. Menurut Lamesh, GK8 mempunyai kebolehan untuk rekod transaksi di atas blockchain dalam offline mode kerana “unidirectional connection”.

Teknology GK8 sudah berjalan, dan telahpun digunakan untuk platform perdagangan aset digital eToro.

Fortune melaporkan bahawa GK8 ditubuhkan pada tahun 2018 oleh dua orang ahli unit pertahanan khas Israel yang mengkhususkan diri dalam melindungi aset digital negara itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/israeli-startup-that-allows-offline-crypto-transactions-secures-4m

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads