Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Startup Menerima $1.7 juta Untuk Membantu Dalam Pematuhan Peraturan

 

Token Relationship Management (TRM) telah menerima $1.7 juta daripada pelabur seperti Blockchain Capital untuk memberi startup matawang kripto dengan penyelesaian untuk patuh dengan penguatkuasa tempatan.

Mematuhi peraturan dalam satu ruangan kawal selia yang sentiasa berubah dan mengelirukan tidak mudah untuk startup matawang kripto yang ingin kekal mematuhi peraturan dan bukannya menipu pengguna daripada simpanan mereka. Kini, startup TRM menawarkan penyelesaian RegTech sebagai sebahagian daripada platform Token Relationship Management.

Perkhidmatan yang ditawarkan TRM direka untuk memudahkan polisi AML di atas talian untuk syarikat yang bekerja dengan matawang kripto dan aset digital. Menurut sidang media, platform itu menawarkan penyelesaian untuk ketelitian wajar, pemantauan transaksi, dan pengurusan hubungan dengan pelanggan untuk klien atas talian.”

Selain daripada RegTech, TRM juga membangunkan penyelesaian untuk pengenalpastian yang otomatik untuk aktiviti yang mencurigakan. Aktiviti tersebut termasuk penggubahan wang haram dan manipulasi pasaran.

Lebih dari 20,000 individu telah pun melalui proses KYC untuk diri mereka dan juga alamat Ethereum mereka di RegTech.

Produk TRM telah pun digunakan untuk TrueUSD yang dimiliki oleh TrustToken – satu stablecoin yang bersandarkan US Dollar yang lebih kurang sama dengan Tether (USDT).

Esteban Castaño, CEO dan pengasas bersama TRM berkata:

“Kami percaya matawang kripto akan menjadi kuasa demokrasi di dunia yang akan membolehkan sesiapa sahaja menukarkan nilai dan mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan. Tetapi untuk sampai ke situ, kita perlu membuatkan ia mudah untuk semua orang patuh peraturan. Seperti Internet yang membawa kepada kandungan baru, kripto akan membawa kepada produk dan pasaran kewangan yang baru. Kita perlukan infrastruktur kawal Selia dan pematuhan yang sesuai di dunia baru ini.”

Walaupun pematuhan undang-undang penting untuk perniagaan yang sah, Bitcoin dan banyak lagi matawang kripto dicipta dan dibangunkan untuk membantu individu kekal berkuasa ke atas kebebasan kewangan dan peribadi mereka. Penyelesaian seperti RegTech TRM nampaknya banyak membantu institusi berpusat mengekalkan kuasa pusat diseluruh ruangan matawang kripto. Penyelesaian seperti ini mungkin akan membantu penggunaan meluas teknologi yang berkaitan matawang kripto tetapi tidak untuk mengembangkan desentralisasi.

Sumber:

https://bitcoinist.com/startup-receives-1-7-million-to-help-keep-cryptocurrency-controlled/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.