Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Startup Stablecoin yang Disokong Coinbase akan Melancarkan ‘Aplikasi seperti Venmo’ di Venezuela

Projek stablecoin Reserve mengumumkan bahawa ia akan melancarkan aplikasi pembayaran kripto-fiat di Venezuela dan Angola dalam sidang media yang dikongsi dengan Cointelegraph pada 12 Mei. Dalam pengumuman yang sama, firma itu mendedahkan bahawa ia akan menyenaraikan token utilitinya yang berasingan, Reserve Rights (RSR), di platform penjualan token bursa pertukaran besar Huobi Global, Huobi Prime.

Menurut sidang media itu, aplikasi stablecoin projek itu – bakal dilancarkan untuk pengguna Android melalui Google Play “dalam minggu-minggu akan datang” – akan membolehkan orang dan perniagaan untuk bertukar-tukar antara matawang fiat tempatan mereka dan stablecoin firma itu, Reserve Dollar (RSD). Menurut pengumuman itu, RSD adalah matawang kripto bersandarkan USD yang desentralisasi.

Nevin Freeman, pengasas bersama dan CEO Reserve, memberitahu Cointelegraph bahawa sebab aplikasi itu akan dilancarkan di Venezuela adalah kerana tahap inflasi yang tinggi dalam negara itu, menyatakan bahawa:

“Ramai individu, termasuk sebahagian daripada pelabur kami, tidak menggalakkan kami Bermula di Venezuela. […] Hiperinflasi di situ adalah masalah yang Reserve direka bentuk untuk selesaikan, dan Venezuela sedang mengalami inflasi paling teruk di dunia kini, jadi kami merasa sesuatu perlu dilakukan.”

Sidang media itu mendakwa kini terdapat 16 buah negara dengan inflasi tahunan lebih daripada 20%, tetapi situasi di Venezuela lebih membimbangkan, dengan bolivar Venezuela kehilangan hampir 10% daripada nilainya setiap hari.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Februari, krisis matawang yang semakin bertambah teruk di negara itu telah melihat penambahan penggunaan Bitcoin dan matawang kripto lain di rantau itu. Pada penghujung bulan Disember, Dash menyambut peniaga ke-2,500 di Venezuela untuk menerima matawang kripto itu sebagai pembayaran.

Reserve juga melaporkan ia mendapat kerjasama di Angola dengan 7Mobila Africa – dilaporkan pengimport telefon terbesar di negara itu – untuk memasang aplikasi itu ke dalam semua telefon pintarnya.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan June tahun lalu, selain daripada Coinbase, projek itu telah menerima sokongan daripada venture capitalist besar, seperti Peter Thiel, Sam Altman, Digital Currency Group, Arrington XRP Capital, Distributed Global dan GSR.IO, dan juga lain-lain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinbase-backed-stablecoin-startup-reserve-to-launch-venmo-style-app-in-venezuela

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.