Default – Above Header Ads

Steemit Memberhentikan 70% dari Pekerjanya Disebabkan Penurunan Pasaran Kripto

 

Steemit telah memberhentikan hampir 70 peratus kakitangannya, memetik penurunan pasaran yang berpanjangan untuk mata wang kripto. Dalam sebuah video di YouTube, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Steemit, Ned Scott berkata: “Semasa kami membina pasukan kami sejak beberapa bulan lepas, kami telah bergantung kepada jangkaan harga yang lebih tinggi untuk pasaran dan sejak itu tidak lagi menepati jangkaan kami, kami terpaksa memberhentikan lebih daripada 70 peratus daripada organisasi kami dan memulakan penyusunan semula.”

Video itu tidak menyatakan bilangan pekerja Steemit sebelum pemberhentian pekerja itu dan tiada maklumat lanjut diberikan. Walau bagaimanapun, menerangkan tentang kesan harga pasaran rendah bagi mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Scott menulis dalam catatan blog bahawa kewangan mereka tidak lagi dapat membiayai “kos yang semakin meningkat untuk menjalankan nod Steem.”

Steemit adalah platform media sosial yang memanfaatkan teknologi blockchain untuk memberi ganjaran kepada penerbit dan kurator kandungan dengan token yang dikenali sebagai STEEM. Scott menyifatkan “pembiayaan kewangan untuk syarikat sudah berubah dengan mendadak,” tetapi menekankan bahawa mereka akan terus berjuang melalui keadaan pasaran yang lemah.

Sumber:

https://www.coindesk.com/steemit-lays-off-70-of-its-staff-citing-crypto-bear-market

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.