Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Stellar Lumens Didagangkan di Coinbase Pro

Stellar Lumens baru sahaja menjadi matawang kripto terbaru yang disenaraikan dalam bursa pertukaran kripto profesional Coinbase.

Coinbase Pro mengumumkan pada 13 Mac bahawa ia menerima deposit XLM, dengan sokongan perdagangan yang akan datang apabila kecairan yang cukup ditubuhkan. Proses itu akan mengambil tempoh minima 12 jam, menurut terbitan blog.

Matawang kripto itu masih belum boleh didapati dalam platform retail Coinbase, termasuk coinbase.com atau aplikasi Android dan iOS.

Stellar ditubuhkan oleh pengasas bersama Ripple, Jed McCaleb, dengan tujuan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian pembayaran berkos rendah.

Menurut terbitan blog Coinbase:

“Sejak pelancarannya pada tahun 2014, visinya adalah untuk menyatukan infrastruktur kewangan dunia supaya duit boleh mengalir dengan cepat dan murah antara bank, perniagaan, dan manusia. Internet telah menghubungkan dunia komputer supaya maklumat boleh dikongsi secara global. Stellar bermatlamat untuk melakukan perkara yang sama untuk wang.”

Coinbase Pro pertama kali mengumumkan ia mempertimbangkan XLM pada Disember tahun lalu, apabila bursa pertukaran itu mengenal pasti lebih 30 aset digital ia ingin sokong. Sejak pengumuman pertama itu, platform itu telah menambah sokongan untuk Civic, District0x, Loom Network, Decentraland, XRP, Dai, Golem dan Ziliqa.

Default – Inside Post Ads

Harga XLM/USD telah naik lebih 30 peratus dalam masa empat hari yang lalu – 5 peratus kenaikan selepas pengumuman Coinbase Pro pada 13 Mac – dan kini didagangkan pada $0.11 menurut data harga CoinDesk.

Sumber:

https://www.coindesk.com/stellar-lumens-is-about-to-begin-trading-on-coinbase-pro

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads