Default – Above Header Ads

StrainSecure, Penjejak Dari Benih Hingga Ke Penjualan Bakal Mengubah Industri Ganja Perubatan

Syarikat-syarikat ganja perubatan tergesa-gesa untuk mendaftarkan diri mereka di platform pertama yang disandarkan blokchain untuk menjejaki produk dari benih hinggalah ke penjualan, menurut laporan pada 3 Jan.

Platform StrainSecure, yang dikembangkan oleh TruTrace, menyediakan pengujian, pengesahan DNA dan jaminan produk untuk pesakit dan pelanggan. Platform yang kebal, dan selamat dari segi kriptologi membolehkan pengeluar ganja perubatan untuk memupuk kepercayaan yang lebih baik dalam kalangan pelanggan dalam industri yang terkenal dengan rantaian bekalan yang tidak boleh dipercayai. “Dengan memberi tumpuan kepada data genetik, kimia dan bahan pencemar, serta maklumat pergerakan dan kemudian menggabungkannya ke dalam blockchain, kami dapat menyediakan data masa nyata untuk setiap produk yang dibeli.”

Pemain utama dalam industri ganja perubatan seperti WeedMD dan Harvest One Cannabis baru-baru ini mengambil bahagian dalam projek perintis untuk platform ini. Sebagai sebahagian daripada projek perintis itu, WeedMD meletakkan 40 daripada baka benihnya melalui proses pengesahan. Seperti yang dilaporkan, Aeternity melancarkan platform penjejakan untuk ganja di Uruguay. Bagaimanapun, platform StrainSecure lebih jauh dalam pengujian dan pengesahan berasaskan DNA.

Rujukan:

https://www.proactiveinvestors.com/companies/news/909940/trutraces-blockchain-secured-seed-to-sale-cannabis-tracking-technology-is-a-game-changer-909940.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads