Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Subsidiari Blockchain Kakao Mengutip $90 Juta dari Penjualan Token 

 

Ground X, subsidiari blockchain gergasi permesejan Korea Selatan Kakao, telah mengutip $90 juta dalam penawaran token tertutup (private coin offering).

Seperti yang dilaporkan Bloomberg pada 11 Mac, CEO Ground X Jason Han berkata IDG Capital, Cresendo Equity Partner dan Translink Capital telah menyertai pusing itu. Firma itu juga dilaporkan merancang untuk mengutip “jumlah yang sama” dalam satu lagi pusingan dana bermula 12 Mac, sebelum melancarkan platform pada bulan Jun.

Kakao pertama kali mendedahkan perancangannya untuk menubuhkan subsidiari blockchain pada bulan Mac 2018, dan tidak lama kemudian mengesahkan ia telah melancarkan Ground X untuk membangun platform blockchain sebagai asas untuk pembangun aplikasi. Ketua-ketua eksekutif Kakao berkata pada waktu itu matlamatnya adalah untuk integrasi perkhidmatan berdasarkan blockchain dengan penawaran Intnernet sedia ada Kakao, seperti aplikasi mesej Kakao Talk.

Ground X telah melancarkan testnet untuk rangkaian blockchain propietarinya, dipanggil Klaytn. Ia sudahpun bekerjasama dengan 26 syarikat yang akan menjalankan aplikasi mereka di atas Klaytn, menurut Han. Ini termasuk pembangun video game Korea Selatan, Wemade dan platform streaming video Watcha, dan juga agensi pelancongan China, Zanadu.

Subsidiari juga berkata ia akan bekerja dengan Seoul Digital Foundation, satu organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Metropolitan Seoul, untuk membangun projek blockchain tertumpu perkhidmatan awam dan sosial.

Menurut Han:

“Ekonomi token adalah model bisnes yang tiada siapa bayangkan sebelum ini. Sehingga kini, Kakao hanya beroperasi di Korea, tetapi melalui blockchain kita boleh kembangkan ia ke pasaran global. Ini bermakna mengambil sebahagian daripada keuntungan yang kami perolehi sebagai pengantara dan menggunakannya untuk mengembangkan pasaran kami dengan berkongsi dengan pengguna.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/kakaos-blockchain-arm-raises-90-million-in-private-token-sale

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads