Subsidiari IT Samsung Melancarkan Versi Baru Platform Blockchain Enterprise
Samsung SDS, subsidiari IT kepada gergasi teknologi antarabangsa Samsung Group, telah melancarkan versi baru platform blockchain enterprise yang dipanggil Nexledger Universal, menurut sidang media pada 24 April.
Nexledger Universal menawarkan interface pengprograman aplikasi yang boleh digunakan di blockchain berbeza seperti Ethereum, Hyperledger Fabric dan Algorithm Consensus Nexledger firma itu sendiri.
Menurut sidang media, pengguna boleh membangunkan aplikasi untuk pengesahan, penyelesaian pembayaran dan bukti keaslian.
Nexledger Universal kini boleh didapati di pasaran Microsoft Azure. Jeanie Hong, naib presiden, ketua di Pusat Blockchain Samsung SDS berkata:
“Kami merancang untuk mengembangkan platform blockchain berdasarkan cloud dengan mendaftarkan Nexledger Universal di pasaran cloud yang lain.”
Pada bulan Mac, Presiden dan CEO Samsung SDS Hong Yuan Zhen berkata bahawa blockchain boleh menambah baik produktiviti dalam industri pengilangan. Dia berkata,”Dalam keseluruhan proses pengurusan rantaian bekalan, komunikasi adalah penting, data perlu dikumpul, dan melalui blockchain dan AI, kita boleh menambah baik proses dan kepercayaan supaya kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih baik, dan supaya proses yang sihat boleh ditubuhkan.”
Pada bulan February, Samsung SDS mengumumkan bahawa ia telah membangunkan cara untuk mempercepatkan transaksi blockchain. Firma itu menyampaikan Nexledger Accelerator di persidangan IBM Think 2019 di San Francisco. Teknologi itu sudahpun melepasi ujian di Hyperledger Fabric.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!