Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Subsidiari Kripto SBI Menyokong Mobile Wallet Kripto dalam Kutipan Dana

 

Mobile wallet kripto BRD berjaya mengutip $15 juta dalam pusingan kutipan dana Series B yang disokong Pelaburan Kripto SBI, Menurut sidang media yang dikongsi bersama Cointelegraph pada 25 Januari.

Pelaburan Kripto SBI, subsidiari SBI Holdings di Tokyo, menyumbang kepada kutipan itu, yang dikatakan BRD boleh membantu mempercepat perkembangan antarabangsa dan menskala platform teknologinya.

Dalam sidang media itu, BRD juga mengumumkan bahawa pembelian matawang kripto boleh didapati melalui pemindahan SEPA di pasaran Eropah melalui kerjasama dengan pembekal pembayaran kripto Coinify. Pada September 2018, wallet kripto Abra juga membolehkan sokongan untuk akaun bank SEPA.

Minggu yang lalu, SBI Holdings mengumumkan pelaburan yang tidak didedahkan dalam firma kripto Breadwinner AG, yang membangunkan mobile wallet kripto BRD. Sidang media mengatakan bahawa BRD boleh didapati di lebih 170 negara dan mempunyai jumlah pengguna sebanyak 1.8 juta. Jumlah kutipan dana adalah $55 juta dan jumlah aset di platform adalah $6 bilion.

SBI Group adalah konglomerat kewangan yang beroperasi di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1999 dan menawarkan pelbagai Perkhidmatan kewangan dari sekurIti ke perbankan dan insuruans.

SBI Holdings sebelum ini juga sudah melabur dalam ruangan kripto, dengan dua pelaburan yang dibuat tahun lepas dalam bursa pertukaran kripto bermasalah LastRoots. Organisasi itu juga melancarkan bursa pertukaran kriptonya sendiri, VCTRADE, pada Julai 2018.

Pada Oktober tahun lalu, SBI Group bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kriptografi Danish, Senior ApS untuk kolaborasi dalam pembangunan wallet kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/sbi-crypto-subsidiary-supports-crypto-mobile-wallet-in-15-million-funding-round

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.