Survey Binance Menunjukkan 65% Akan Menyumbang Kepada Dana Undang-undang Anti-Craig Wright
Dalam satu survey, Changpeng Zhao, CEO bursa pertukaran Binance, bertanya pengikutnya sama ada mereka akan menyokong perancangannya untuk menggunakan Blockchain untuk mencipta dana yuran undang-undang dan kos-kos berkaitan.
Wright, yang mendakwa dia adalah entiti di sebalik pseudonim Satoshi Nakamoto, telah mula menyaman mereka yang tidak bersetuju dengannya di media sosial.
Seperti yang dilaporkan Bitcoinist, mangsa pertama kempen itu adalah pencipta Lightning Torch Hodlonaut, dengan komuniti kripto sudahpun berikrar untuk membantunya sambil keluar menentang Wright dan penyokongnya.
Zhao juga mengambil pendirian yang berlawanan, mencipta satu lagi survey dan seterusnya menggunakan keputusan itu untuk membuang token Bitcoin SV dari senarai Binance. Beberapa bursa pertukaran lain telah mengikuti jejak langkah Binance.
Wright kemudiannya menghantar saman peguam kepada tokoh komuniti Bitcoin popular yang lain, dan laporan pada minggu yang lalu mencadangkan bahawa penyokong Bitcoin Cash telah menerima surat.
Walaupun Ver tidak dikenali sebagai individu yang kekurangan wang, Zhao berkata ia membimbangkan bahawa Wright mensasarkan mereka tanpa kebolehan untuk menampung kos-kos berkaitan kes mahkamah.
“Wright membuli orang-orang yang akan menghadapi kesukaran menampung yuran undang-undang mereka,” dia menulis pada 6 Mei.
Dia mencadangkan menggunakan inisiatif amal Binance, Binance Charity Foundation, untuk mengumpul sumbangan yang akan dikembalikan kepada penyumbang jika Wright kalah dalam beberapa kes saman.
“Sumbangan itu akan dihantar kepada peguam terpilih secara langsung dari BCF, dengan pengesahan dan penjejakan di atas blockchain,”menambah bahawa dia akan menyumbang BNB sebanyak $10,000.
Dan apabila kes sudah selesai, kita sepatutnya mendapat kembali dana ini daripada peguam.”
Setakat ini 66 peratus daripada 700 responded mengundi menyokong idea itu.
Sumber:
https://bitcoinist.com/binance-survey-reveals-65-would-donate-to-anti-craig-wright-litigation-fund/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!