Default – Above Header Ads

Syarikat ATM Arab Saudi Bekerjasama dengan Platform Identiti Blockchain

 

Syarikat ATM Saudi, Alhamrani Universal (AU) telah bekerjasama dengan platform identiti blockchain ShoCard untuk membangunkan ATM bioometrik berdasarkan blockchain, menurut sidang media pada 27 Februari.

Kerjasama itu akan melihat AU dan ShoCard mencipta ATM baru yang menggabungkan teknologi blockchain dan biometrik sebagai proses pengesahan lima-faktor. ATM itu dilaporkan akan membolehkan pengguna menggunakan aplikasi berdasarkan blockchain dan facial recognition dan bukannya nombor identiti peribadi untuk mengeluarkan wang.

ATM akan boleh berhubung dengan bank-bank lain di rantau itu, sementara penggunaan teknologi blockchain membolehkan ia mengesahkan identiti pengguna tanpa perlu akses pengkalan data bank. Armin Ebrahimi, Pengasas dan CEO ShoCard, berkata bahawa blockchain “melindungi identiti individual pada masa sama mengesahkan maklumat yang diperlukan bank untuk memastikan transaksi adalah sah.”

Ditubuhkan pada 1981, Alhamrani Universal adalah syarikat ATM terbesar di Timur Tengah, mempunyai lebih 50 peratus daripada pasaran ATM di Arab Saudi.

Blockchain telah digunakan secara meluas dalam sistem pengurusan identiti. Baru-baru ini, syarikat teknologi global Oracle mengumumkan penambahan ciri dalam Oracle Blockchain Platform, termasuk pengurusan identiti dan integradi data, seperti membolehkan integrasi sejarah transaksi blockchain dengan sumber maklumat lain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/major-saudi-atm-provider-partners-with-blockchain-identity-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads