Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Blockchain Deutsche Telekom Bekerjasama Dengan Agensi Kerajan Malta

Agensi kerajaan Malta yang menyokong pembangunan perniagaan, Malta Enterprise, menandatangani memorandum persefahaman dengan firma perkhidmatan Blockchain-as-a-Service T-Systems, syarikat induk Deutsche Telekom yang diumumkan pada 30 Oktober. Deutsche Telekom melancarkan Ecosystem Blockchain (GBE) bulan lepas. Kini, agensi Malta akan menjadi rakan kongsi pertama T-System yang mendapat akses kepada GBE, yang dilaporkan akan digunakan untuk menjejaki rantaian nilai produk dari bahan mentah hingga penyampaian bersama dengan alat lain yang dapat memudahkan perkembangan blockchain.

Kerjasama ini juga termasuk pemangkin teknologi yang dipanggil Hub Inovasi Malta yang juga akan menyokong pembangunan pada blockchain Ethereum, Hyperledger dan Corda R3, serta menyediakan sokongan untuk perkhidmatan ‘validator’ untuk projek ujian dan audit.

Ketua Pegawai Eksekutif Malta Kurt Farugia berkata: “Kerjasama ini dengan T-Systems akan memberi kelebihan daya saing berbanding kawasan lain sambil menambah lebih banyak nilai kepada ekosistem blockchain yang telah dibina. Syarikat menggunakan perkhidmatan GBE T-System akan mempunyai pensijilan untuk projek mereka oleh Pihak Berkuasa Inovasi Digital Malta.”

Rujukan:

https://www.telekom.com/en/media/media-information/archive/t-systems-and-malta-enterprise-collaboration-for-blockchain-584302

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads